Hi / Assalamualaikum wbt
pejam celik, pejam celik, dah nak buka sekolah. sekolah dah nak start!!! sekejap lagi bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar tingkatan 3 dan mangsa PBSMR. Hmmm. Azam korang untuk tahun depan apa? Fikir lah yeeee..
Btw, for this chapter, Aryana has been wear a hijab. Here's a photo of Aryana wear a hijab.
hazirah xx
Bab 9 (part 1)
Hari
Perkahwinan Liya dan Haiqal…
Alhamdulillah! Akhirnya! Aryana bukan sahaja
memanjat kesyukuran kepada Allah SWT hanya kerana Liya bakal bergelar isteri
orang, malah buat dirinya juga. Allah Yang Maha Penyayang telah mencampakkan
hidayah dan membuka pintu hatinya untuk memulakan kehidupan baru sebagai
seorang wanita yang berhijab. Rasa tenang sahaja hati ini bila kita berpakaian
menutup aurat. Bukannya pakaian yang membalut badan. Berfesyen tidak salah di
dalam Islam cuma tidak perlulah berlebih-lebihan dalam berfesyen, lagi-lagi
jika kita berhijab. Waima di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman. Dan para
Nabi juga telah bersabda. Selain itu, banyak hadis juga telah memperkatakan
tentang pakaian dan aurat :
Pakaian
“Barang siapa memakai pakaian berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti” (HR.
Abu Daud)
Pada hari tersebut Aryana memakai baju kurung
lace berwarna putih dan mengenakan selendang berwarna coklat. Manis dipandang!
Pada pukul 9 pagi tadi, Liya sudah selamat bergelar tunangan orang. Cincin
disarung oleh ibu kepada bakal suami. Pada pukul 10 pagi pula, majlis akad
nikah akan diadakan di masjid berhampiran rumah Liya. Pada sebelah petang pula
majlis resepsi keluarga sebelah suami pula akan diadakan di sebuah hotel
berdekatan Bukit Damansara memandangkan ramai ahli keluarga sebelah suami
tinggal di sana. Majlis resepsi tersebut akan diadakan sampai ke malam. Selepas
Liya siap didandan, mereka semua berarak pergi ke Masjid Al-Hidayah.

“Weh, Aryana…Aku nervous gila ni.” Liya menyuarakan rasa bimbangnya kepada Aryana
selepas melabuhkan duduk di atas kusyen putih. Liya merenung tepat ke anak mata
Aryana berwarna coklat. Umi Liya disebelah kiri asyik menggenggam tangan kiri
anak perempuannya yang bakal bergelar isteri. Mulutnya tidak henti-henti
membaca doa agar semuanya berjalan lancar. Adik perempuan Liya tidak dapat
hadir kerana menghadiri ceramah motivasi di sekolahnya. Wajah abahnya tampak
tenang sahaja di sebelah lelaki.
“Chill
out. InsyaAllah semuanya berjalan lancar.” Aryana berbisik di telinga
sahabatnya itu. Tangan kirinya mengurut lembut bahu Liya. Liya menghembuskan
nafas perlahan-lahan ketika Haiqal berjabat tangan dengan tok kadi.
Aryana yang tadinya memandang wajah Liya,
menghadap ke hadapan. Tetapi matanya memfokuskan kepada sesusuk tubuh di
belakang Haiqal. Siapa tu? Apa?!
Alhamdulillah! Liya sah bergelar isteri
kepada Muhd Haiqal bin Saad. Syukur kepada Allah SWT. Selepas majlis akad nikah
berakhir, masing-masing pulang ke rumah untuk bersiap sedia majlis resepsi
nanti.
Aryana berjalan menuju ke keretanya yang
tersadai di perkarangan masjid. Tak boleh parkir lama dekat sini. Nanti aku
juga yang kena saman.
“Aryana!” Aryana ditegur oleh suara
seseorang. Segera dia menoleh ke arah suara tersebut. Hmm…Nampaknya aku tidak salah pandanglah tadi.
“Hah! Nak apa?” Aryana menyilangkan tangannya
ke dada. Naik muak tengok muka dia ni hari-hari!
“Saya nak awak boleh?”
“Eee! Gatalnya! Kalau tak ada apa, saya nak
balik.” Tanpa berlengah, Aryana membuka pintu keretanya. Selepas menghidupkan
enjin kereta, pintu di sebelah kiri Aryana di buka.
“Kalau macam tu, saya nak ikutlah.” Belum
sempat Aryana membalas, lelaki itu memotongnya terlebih dahulu.
“Awak nak ke mana?”
Eee! Sibuk betullah mamat ni! Aryana menjeling geram ke arah lelaki kacak di sebelahnya
itu. Tengku Hariz memakai baju melayu light green tanpa memakai sampin. Masih kelihatan
kacak.
“Kenapa handsome
sangat hari ni?” Aryana terus menekup mulut dengan tangannya setelah menyedari
keterlanjuran kata. Macam mana aku boleh tersasul ni?
“Handsome
ke? Biasalah…” Tengku Hariz meraup rambutnya ke belakang. Keningnya
dijongketkan sambil tersenyum seksi ke arah Aryana.
“Eee! Perasan betullah mamat sorang ni!” Aryana terus menekan minyak meninggalkan
perkarangan masjid. Tidak sangka Liya sudah sah bergelar isteri orang. Nanti
dapatlah anak saudara sulung Aryana. Tak sabarnya! Harapkan abang yang tinggal
di Prague sana, rasanya belum ada rezeki kut. Dah dua tahun kahwin pun belum
dikurniakan zuriat. Hmmm. Belum ada
rezeki.
“Alah. Mamat
handsome ini jugalah yang awak gila-gilakan dulu.” Apa maksud dia ni? Aku
gilakan dia? Minta simpang malaikat empat puluh empat dululah!
“What
do you mean?” Aryana masih memandu dengan tenang waima dia sendiri pun
tidak tahu ke mana destinasinya yang dituju.
“Aryana, betulkah awak tak ingat?” inilah
masanya untuk aku bertanya tentang masa silam! Tengku Hariz memandang tepat ke
laman wajah Aryana.
“Apa yang awak merepek ni, Tengku Hariz?”
Aryana masih fokus pada pemanduannya. Jangan harap aku nak menoleh tengok muka
dia! Karang aku juga yang cair tengok
muka dia yang berharap sangat itu.
“Awak ingat tak yang awak pernah terlibat
dalam kemalangan di UK?” berhati-hati Tengku Hariz bertanya. Sudahlah minah ini sedang memandu, nanti terbabas
ke seberang jalan pula.
“Of
course. Kalau boleh saya tak nak ingat benda tu. Mana awak tahu ni?” terpaksa jugalah Aryana menoleh memandang laman
wajah Tengku Hariz. Terjongket keningnya memandang Tengku Hariz.
“Sebab kita pernah ada hubungan sebelum ni.
Saya kenal awak sebelum saya kenal Aryana yang sekarang.” Tenang sahaja suara
Tengku Hariz waima di dalam hati berharap sangat yang Aryana akan ingat.
“Aduh!” Aryana memegang kepalanya yang terasa
berdenyut secara tiba-tiba.
“Aryana, berhenti. Biar saya yang pandu.”
Tengku Hariz cepat-cepat menenangkan Aryana yang sedang menahan sakit. Tanpa
banyak soal, Aryana memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tengku Hariz
mengambil tempat di tempat pemandu, manakala Aryana duduk di tempat penumpang
di sebelah pemandu. Tangannya masih memicit kepalanya yang berdenyut.
Tengku Hariz memandu dengan tenang. Dia hanya
memandang Aryana melalui ekor matanya. Aryana masih menunduk menahan sakit.
Beberapa minit kemudian, Aryana menyandarkan badannya ke atas kerusi kereta.
Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa sakit dan pening.
“Berapa jauh hubungan saya dengan awak?”
Aryana bertanya dengan suara yang mendatar tetapi kedengaran tegas. Tengku
Hariz berasa serba salah hendak menjawab soalan Aryana itu. Patutkah aku jawab?
“Sorry,
Aryana. I think I shouldn’t answer that question.” Matanya masih memandang
ke hadapan. Aryana segera menoleh ke arah Tengku Hariz. Apa maksud mamat ni?
“Answer
my question…” suara Aryana seakan-akan merayu meminta Tengku Hariz agar
menjawab pertanyaannya. Tengku Hariz tetap berkeras tidak mahu menjawab. Dia
hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu Aryana menanggung sakit lagi.
Biarlah dia ingat sendiri.
“Please!
Answer my question, Encik Hariz! I need to know! Please…” Aryana memandang
Tengku Hariz penuh berharap.
“I’ll
send you home. Just forget everything I said to you today, okay? Just take your
time to remember it by yourself.” Tengku Hariz memandang tepat ke arah anak
mata Aryana. Mencari sinar melalui mata yang dirinduinya itu. Bagaikan dipukau,
Aryana hanya mengangguk sambil matanya menikam memandang anak mata Tengku Hariz.
Tengku Hariz tersenyum manis melihat wajah
tenang Aryana. Semakin cantik dan manis apabila Aryana berhijab. Alhamdulillah.
Sudah boleh dibuat isteri ini. Tangannya hampir naik untuk mengusap kepala
Aryana, tetapi terhenti apabila dia baharu teringat bahawa Aryana sudah
dilindungi Allah. Dia hanya tersenyum nipis mengenangkan kesalahan yang hampir
dia lakukan sebentar tadi. Matanya kembali memandang ke hadapan.
“Dekat mana rumah awak?”
“Nah…” Aryana menghulurkan telefon bimbitnya
setelah menaip alamat rumahnya.
Jalan Merah Pulasan Tiga U9/4C, Kayangan Heights,
40150, Selangor
“Oh.
Shah Alam rupanya. Does your family are
at home right now?”
Amboi,
dah tidur rupanya. Hmmm. Tak apalah.
Kalau ada, bolehlah jumpa keluarga bakal isteri yang comel ini. Tengku Hariz
tersengih bagai kerang busuk sepanjang perjalanan.
hazirah xoxo