homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
The Unexpected Love (bab 9 part 2)
Hi / Assalamualaikum wbt

Tomorrow is a real holiday for me! My family and i gonna go picnic at Sungai Gabai. hehehe....anyway guys, enjoy this part 2 ;)

hazirah xx


Bab 9 (part 2)

(don't dial that number okay)


“ARYANA…” Tengku Hariz menggoyang-goyangkan tangan Aryana dengan lembut. Mata Aryana masih tertutup rapat.

  “Aryana, bangun…Dah sampai ni.” Tengku Hariz masih berusaha mengejutkan Aryana. Ish, minah ni! Ke mana roh dia ni pergi, tak balik-balik lagi. Tak boleh jadi ni…Hmmm. Sama macam dulu, Aryana dulu dengan sekarang tak berubah pun, tidur mati. Apa aku nak buat ya? Tengku Hariz menggigit bibir memikirkan cara hendak mengejutkan si sleeping beauty ini.

A.    Tekan hon kereta.

Tak boleh! Gila tempat yang perlukan privasi ini nak memekak, tekan hon bagai. Nanti aku juga yang kena ketuk dengan jiran-jiran sebelah.

B.     Jerit ‘Aryana sayang! Bangun!’ kuat-kuat dekat telinga dia.

Pun tak boleh juga. Nanti kalau minah ini bangun, mahu botak kepala aku kena siku dengan dia. Tak pun, kena cungkil biji mata ini sebab panggil dia sayang. Eee! Seram ni!

C.     Pasang radio dengan kuat sekali!

Tak boleh! Hmmm. Ada air tak dalam kereta ni? Tengku Hariz terjenguk-jenguk ke tempat duduk belakang. Takkanlah tak ada langsung botol air mineral dalam kereta dia ni. Hah! Alhamdulillah, ada pun. Ini air bila punya ni? Ah! Renjiskan saja ke muka dia, bukannya nak minum pun. Selepas Tengku Hariz merenjiskan air ke muka Aryana, terpisat-pisat Aryana bangun. Perkara pertama yang dilakukan ialah melihat jam di dashboard. Kedua, periksa telefon. Mana tahu kalau ada orang call atau mesej ke. Ketiga, tengok cermin. Sempurna segala-galanya, Aryana mencapai botol yang berada di tangan Tengku Hariz. Dengan bacaan basmallah, dia meneguk air mineral tersebut.

  “Air bila punya tu?” Aryana memandang Tengku Hariz dengan pandangan yang pelik.

  “Apasal? Ada lumut ke dalam air ni?” selamba Aryana menjawab. Dia memeriksa air di dalam botol tersebut.

  “Tak adalah. For your information, bahaya simpan air botol plastik dalam kereta. You’ll…

  “Yeah, I know, Prof. Hariz. Breast cancer, right? Nothing to worry about, prof. Air ni, saya baru beli hari ni. So, jangan risaulah.” Aryana kembali meneguk air tersebut. Risau sangatlah mamat sorang ini.

  “Oh, ye ke? Baguslah kalau macam tu…” saya risau kalau air tu seminggu yang lepas punya. Saya tak nak bakal isteri saya ni dapat kanser. Tengku Hariz menyambung ayatnya di dalam hati.

  “Thanks for send me home, Encik.

  “Just call me Hariz. We’re friend, right? So, tak payahlah berencik-encik lagi. Saya pun bukannya tua sangat pun.”

  “Oh, really? How old are you?” Aryana bertanya teruja. Ingatkan tua sangat mamat ni.

  “I’m 28 this year.

  “Oh! Saya 25. Awet muda…” Aryana tertawa kecil. Tengku Hariz hanya melemparkan senyuman hambar. Rasa sedih menyelinap masuk ke dalam hatinya. Ini bukan perkenalan pertama kita, Aryana. Awak kenal saya lebih daripada itu…

  “Keluarga saya tak ada dekat rumah. Diorang semua dah pergi hotel, getting ready for the event.” Aryana tersenyum manis memandang Tengku Hariz.

  “Kalau macam tu, saya balik dululah.” Tengku Hariz keluar daripada kereta Aryana. Telefon dikeluarkan daripada kocek baju melayu untuk menghubungi Zul. Kesian pula dekat pekerja aku tu.

  “Encik! I mean…Hariz. Nak tanya boleh?” Aryana berjalan mendekati Tengku Hariz.

  “Hmmm. Tanyalah…” mendatar sahaja suara Tengku Hariz menjawab tanpa memandang wajah Aryana. Matanya ralit mencari nombor Zul di telefonnya. Ish. Mana pula nombor si Zul ni?

  “Kenapa awak datang majlis akad nikah Liya tadi?” terus Tengku Hariz mengangkat kepala memandang Aryana. Pelik sangat ke kalau aku datang pun?

  “Kenapa? Saya tak dijemput ke?” serius Tengku Hariz bertanya.

  Ish, dia ni. Aku tanya macam tu pun, nak marah ke? Aryana menggigit bibir mencari kekuatan.

  Tolonglah, Aryana. Fahami aku…Jangan kau gigit bibir kau macam tu. Nanti aku gigit kau, baru tahu. Tengku Hariz memandang Aryana geram.

  “Tak adalah. Apa hubungan awak dengan Liya?”

  “Dia…” Alamak! Lagi sikit nak terlepas cakap! Hariz, hati-hati. Jangan sampai tersasul cakap yang kau kenal Liya. Tengku Hariz yang tidak menghabiskan ayatnya membuatkan Aryana pelik.

  “Dia?” Aryana bertanya selepas Tengku Hariz tidak menghabiskan ayatnya.

  “Err…Dia punya suami, kawan saya. Si Haiqal tu.” Fuh. Nasib baik. Memang benar. Haiqal merupakan kawan dan jiran Tengku Hariz. Tidak hairanlah kalau dia dijemput ke majlis akad nikah dia dan Liya. Mula-mula pun Tengku Hariz tidak percaya bahawa bakal isteri si Haiqal ialah Liya Zafirah, sahabat Aryana.

  “Oh ye ke. Okay. See you soon, Hariz.” Aryana berjalan masuk ke dalam rumahnya sambil melambai ke arah Tengku Hariz. Tengku Hariz membalas lambaian Aryana bersama senyuman manis terukir di bibir.

  “Well…so that’s the reason why.” Hampir-hampir saja Tengku Hariz hendak membaling telefon yang berada di tangan ke arah sesusuk tubuh yang berdiri di belakangnya.

  “Zura??? What are you doing here?” Tengku Hariz terkejut akan kehadiran Zura yang muncul bagai drakula meminta darah. Suaranya perlahan tetapi kedengaran tegas. Zura hanya tersenyum sinis sambil tangannya disilangkan di dada.

  “Are you out of your mind???” Tengku Hariz bertanya lagi selepas menarik tangan Zura jauh dari rumah Aryana. Mencerlung matanya memandang Zura yang hanya tahu tersenyum sinis.

  “Kau ni bisu ke pekak?” tangan Zura yang masih berada di dalam genggamannya di cengkam kuat membuatkan Zura mengaduh kesakitan.

  “Sakitlah! Apa you ni?!” Zura cuba merungkaikan pegangan Tengku Hariz yang kejap.
  “Aku tanya, kau buat apa dekat sini?” makin kuat pegangan Tengku Hariz. Tangan yang berada di dalam tangannya di genggam kuat bagai melepaskan amarahnya.

  “I cari youlah, sayang…” Zura menggesel-geselkan badannya ke badan Tengku Hariz. Rimas dengan kelakuan Zura yang dianggap miang, Tengku Hariz menolak kasar tubuh Zura agar menjauhinya.

  “Berani you tolak I?! You sedar tak yang you ni dah banyak berubah!” lurus jari telunjuk Zura berada betul-betul di hadapan mata Tengku Hariz.

  “Go f*ck yourself.” Tanpa mempedulikan pandangan Zura yang menikam anak matanya, Tengku Hariz menelefon Zul.

  “What?! Oh, you dah pandai mencarut ya sekarang.” Zura menumbuk dada bidang Tengku Hariz. Tetapi Tengku Hariz langsung tidak berasa sakit akan tumbukan Zura. Alah, penumbuk perempuan apalah sangat.

  “Yes, Zul. Please come over here as quickly as possible. There’s a mad women who’s trying to rape me.” Terdengar suara gelabah Zul di sebelah sana. Selepas menamatkan perbualan dengan Zul, Tengku Hariz memandang Zura dari atas ke bawah. Minah ni dari mana? Tak pernah-pernah pun aku tengok dia pakai abaya.



  “Kau ni dari mana?” tidak mesra alam langsung suara Tengku Hariz bercakap dengan Zura. Zura yang mendengar memuncung sedepa.

  “Kau ingat comel sangatlah tu? Kau buat muncung macam tu, aku dah boleh sangkut baju tau dekat muncung kau tu.” Tengku Hariz tersenyum mengejek. Dengan selamba, dia melabuhkan punggung ke atas jalan tar kawasan perumahan itu.

  “Tak payah nak memerlilah. I dari majlis akad nikah Liya.” Zura mencampakkan pandangan ke rumah Aryana. Apa mamat ni buat dekat rumah betina tu?

  “Manusia mana yang jemput kau?” Tengku Hariz mendongak memandang Zura yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Mukanya masam mencuka.

  “Nobody’s invite me to Liya’s ijab qabul.” Suaranya sengaja disayukan. Biar mamat sebelah ni tahu aku sedih!

  “So?” Tengku Hariz bertanya.

  “Ish! So…I followed you quietly.” Zura tersenyum gedik ke arah Tengku Hariz. Dia mencangkung di sebelah Tengku Hariz. Tak nak aku duduk atas jalan ni.

  “Whatever.” Tengku Hariz menjeling Zura. Kepalanya dipalingkan memandang rumah banglo Aryana. Nasib baik kau dah masuk rumah.

  “Kenapa you nak putus?” suara Zura kembali serius.

  “Kita dah putus.” Selamba Tengku Hariz menjawab.

  “Kita tak putus lagi! You masih boyfriend I, dan I girlfriend you!”

  “Kita dah tak ada apa-apa hubungan, Zura! Is it hard for you to understand?” suara Tengku Hariz naik satu oktah. Perempuan otak masuk air ni, memang nak kena libas dengan aku.

  “Yes! What do you want actually?” pandangan sayu Zura, dibalas dengan pandangan menyampah dari Tengku Hariz.

  “Aku tak nak tengok muka kau lagi. Senang, kan?”

  “What? Why you wanna break up?” Tengku Hariz hanya berdiam diri. Kebisuan sementara Tengku Hariz membuatkan Zura hilang sabar. Ini mesti sebab perempuan tu!

  “Why? Why you aren’t answer me? Because of what? There’s must be a reason why you wanna break up, right? Tell me, Hariz!” Tengku Hariz hanya terdiam kaku. Masih tiada jawapan yang meluncur keluar dari mulut Tengku Hariz.

  “Kenapa senyap?! Ini mesti betina tu punya pasal, kan? Sial punya betina!” Zura yang kelihatan seperti orang kerasukan menyebabkan Tengku Hariz terbangun dari duduk. Zura menyinsingkan lengan baju abayanya ke paras siku. Dia melangkah laju menuju ke rumah Aryana.

  Kelakuan Zura seperti orang hilang akal itu membuatkan Tengku Hariz mati kutu. Alamak! Minah ni buat hal pula. Tengku Hariz berlari mengejar Zura yang hampir sampai ke rumah Aryana. Dirangkulnya pinggang ramping milik Zura agar perempuan itu tidak melakukan sebarang kerja gila. Zura yang tersentak akan perbuatan Tengku Hariz itu, terdiam seribu bahasa. Tepat pada masanya, Zul sampai dengan memandu kereta BMW 5 series. Dengan sepantas kilat, Tengku Hariz melepaskan rangkulannya.

  “Kau masuk dalam kereta sekarang juga Zura. Aku kata sekarang.” Perkataan sekarang sengaja ditekankan bagai menggesa Zura untuk masuk ke dalam kereta secepat mungkin. Tanpa banyak soal, Zura masuk ke dalam kereta. Zul yang kebingungan hanya memandang Tengku Hariz. Pandangan mata Zul bagai mengatakan ‘Apa yang dah jadi ni?’ dibalas dengan pandangan ‘Nanti aku terangkan.’ Selepas kedua-dua manusia itu masuk, kereta dipandu laju keluar dari kawasan perumahan mewah itu.


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Tuesday, 24 December 2013 @ 00:13
The Unexpected Love (bab 9 part 1)
Hi / Assalamualaikum wbt

pejam celik, pejam celik, dah nak buka sekolah. sekolah dah nak start!!! sekejap lagi bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar tingkatan 3 dan mangsa PBSMR. Hmmm. Azam korang untuk tahun depan apa? Fikir lah yeeee..

Btw, for this chapter, Aryana has been wear a hijab. Here's a photo of Aryana wear a hijab.


hazirah xx


Bab 9 (part 1)


Hari Perkahwinan Liya dan Haiqal…

  Alhamdulillah! Akhirnya! Aryana bukan sahaja memanjat kesyukuran kepada Allah SWT hanya kerana Liya bakal bergelar isteri orang, malah buat dirinya juga. Allah Yang Maha Penyayang telah mencampakkan hidayah dan membuka pintu hatinya untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang wanita yang berhijab. Rasa tenang sahaja hati ini bila kita berpakaian menutup aurat. Bukannya pakaian yang membalut badan. Berfesyen tidak salah di dalam Islam cuma tidak perlulah berlebih-lebihan dalam berfesyen, lagi-lagi jika kita berhijab. Waima di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman. Dan para Nabi juga telah bersabda. Selain itu, banyak hadis juga telah memperkatakan tentang pakaian dan aurat :

  Pakaian “Barang siapa memakai pakaian berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan   pakaian kehinaan dihari akhirat nanti” (HR. Abu Daud)

  Pada hari tersebut Aryana memakai baju kurung lace berwarna putih dan mengenakan selendang berwarna coklat. Manis dipandang! Pada pukul 9 pagi tadi, Liya sudah selamat bergelar tunangan orang. Cincin disarung oleh ibu kepada bakal suami. Pada pukul 10 pagi pula, majlis akad nikah akan diadakan di masjid berhampiran rumah Liya. Pada sebelah petang pula majlis resepsi keluarga sebelah suami pula akan diadakan di sebuah hotel berdekatan Bukit Damansara memandangkan ramai ahli keluarga sebelah suami tinggal di sana. Majlis resepsi tersebut akan diadakan sampai ke malam. Selepas Liya siap didandan, mereka semua berarak pergi ke Masjid Al-Hidayah.



  “Weh, Aryana…Aku nervous gila ni.” Liya menyuarakan rasa bimbangnya kepada Aryana selepas melabuhkan duduk di atas kusyen putih. Liya merenung tepat ke anak mata Aryana berwarna coklat. Umi Liya disebelah kiri asyik menggenggam tangan kiri anak perempuannya yang bakal bergelar isteri. Mulutnya tidak henti-henti membaca doa agar semuanya berjalan lancar. Adik perempuan Liya tidak dapat hadir kerana menghadiri ceramah motivasi di sekolahnya. Wajah abahnya tampak tenang sahaja di sebelah lelaki.

  “Chill out. InsyaAllah semuanya berjalan lancar.” Aryana berbisik di telinga sahabatnya itu. Tangan kirinya mengurut lembut bahu Liya. Liya menghembuskan nafas perlahan-lahan ketika Haiqal berjabat tangan dengan tok kadi.

  Aryana yang tadinya memandang wajah Liya, menghadap ke hadapan. Tetapi matanya memfokuskan kepada sesusuk tubuh di belakang Haiqal. Siapa tu? Apa?!

  Alhamdulillah! Liya sah bergelar isteri kepada Muhd Haiqal bin Saad. Syukur kepada Allah SWT. Selepas majlis akad nikah berakhir, masing-masing pulang ke rumah untuk bersiap sedia majlis resepsi nanti.

  Aryana berjalan menuju ke keretanya yang tersadai di perkarangan masjid. Tak boleh parkir lama dekat sini. Nanti aku juga yang kena saman.

  “Aryana!” Aryana ditegur oleh suara seseorang. Segera dia menoleh ke arah suara tersebut. Hmm…Nampaknya aku tidak salah pandanglah tadi.

  “Hah! Nak apa?” Aryana menyilangkan tangannya ke dada. Naik muak tengok muka dia ni hari-hari!

  “Saya nak awak boleh?”

  “Eee! Gatalnya! Kalau tak ada apa, saya nak balik.” Tanpa berlengah, Aryana membuka pintu keretanya. Selepas menghidupkan enjin kereta, pintu di sebelah kiri Aryana di buka.

  “Kalau macam tu, saya nak ikutlah.” Belum sempat Aryana membalas, lelaki itu memotongnya terlebih dahulu.

  “Awak nak ke mana?”

  Eee! Sibuk betullah mamat ni! Aryana menjeling geram ke arah lelaki kacak di sebelahnya itu. Tengku Hariz memakai baju melayu light green tanpa memakai sampin. Masih kelihatan kacak.



  “Kenapa handsome sangat hari ni?” Aryana terus menekup mulut dengan tangannya setelah menyedari keterlanjuran kata. Macam mana aku boleh tersasul ni?

  “Handsome ke? Biasalah…” Tengku Hariz meraup rambutnya ke belakang. Keningnya dijongketkan sambil tersenyum seksi ke arah Aryana.

  “Eee! Perasan betullah mamat sorang ni!” Aryana terus menekan minyak meninggalkan perkarangan masjid. Tidak sangka Liya sudah sah bergelar isteri orang. Nanti dapatlah anak saudara sulung Aryana. Tak sabarnya! Harapkan abang yang tinggal di Prague sana, rasanya belum ada rezeki kut. Dah dua tahun kahwin pun belum dikurniakan zuriat. Hmmm. Belum ada rezeki.

  “Alah. Mamat handsome ini jugalah yang awak gila-gilakan dulu.” Apa maksud dia ni? Aku gilakan dia? Minta simpang malaikat empat puluh empat dululah!

  “What do you mean?” Aryana masih memandu dengan tenang waima dia sendiri pun tidak tahu ke mana destinasinya yang dituju.

  “Aryana, betulkah awak tak ingat?” inilah masanya untuk aku bertanya tentang masa silam! Tengku Hariz memandang tepat ke laman wajah Aryana.

  “Apa yang awak merepek ni, Tengku Hariz?” Aryana masih fokus pada pemanduannya. Jangan harap aku nak menoleh tengok muka dia! Karang aku juga yang cair tengok muka dia yang berharap sangat itu.

  “Awak ingat tak yang awak pernah terlibat dalam kemalangan di UK?” berhati-hati Tengku Hariz bertanya. Sudahlah minah ini sedang memandu, nanti terbabas ke seberang jalan pula.

  “Of course. Kalau boleh saya tak nak ingat benda tu. Mana awak tahu ni?” terpaksa jugalah Aryana menoleh memandang laman wajah Tengku Hariz. Terjongket keningnya memandang Tengku Hariz.

  “Sebab kita pernah ada hubungan sebelum ni. Saya kenal awak sebelum saya kenal Aryana yang sekarang.” Tenang sahaja suara Tengku Hariz waima di dalam hati berharap sangat yang Aryana akan ingat.

  “Aduh!” Aryana memegang kepalanya yang terasa berdenyut secara tiba-tiba.

  “Aryana, berhenti. Biar saya yang pandu.” Tengku Hariz cepat-cepat menenangkan Aryana yang sedang menahan sakit. Tanpa banyak soal, Aryana memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tengku Hariz mengambil tempat di tempat pemandu, manakala Aryana duduk di tempat penumpang di sebelah pemandu. Tangannya masih memicit kepalanya yang berdenyut.

  Tengku Hariz memandu dengan tenang. Dia hanya memandang Aryana melalui ekor matanya. Aryana masih menunduk menahan sakit. Beberapa minit kemudian, Aryana menyandarkan badannya ke atas kerusi kereta. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa sakit dan pening.

  “Berapa jauh hubungan saya dengan awak?” Aryana bertanya dengan suara yang mendatar tetapi kedengaran tegas. Tengku Hariz berasa serba salah hendak menjawab soalan Aryana itu. Patutkah aku jawab?

  “Sorry, Aryana. I think I shouldn’t answer that question.” Matanya masih memandang ke hadapan. Aryana segera menoleh ke arah Tengku Hariz. Apa maksud mamat ni?

  “Answer my question…” suara Aryana seakan-akan merayu meminta Tengku Hariz agar menjawab pertanyaannya. Tengku Hariz tetap berkeras tidak mahu menjawab. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu Aryana menanggung sakit lagi. Biarlah dia ingat sendiri.

  “Please! Answer my question, Encik Hariz! I need to know! Please…” Aryana memandang Tengku Hariz penuh berharap.

  “I’ll send you home. Just forget everything I said to you today, okay? Just take your time to remember it by yourself.” Tengku Hariz memandang tepat ke arah anak mata Aryana. Mencari sinar melalui mata yang dirinduinya itu. Bagaikan dipukau, Aryana hanya mengangguk sambil matanya menikam memandang anak mata Tengku Hariz.

  Tengku Hariz tersenyum manis melihat wajah tenang Aryana. Semakin cantik dan manis apabila Aryana berhijab. Alhamdulillah. Sudah boleh dibuat isteri ini. Tangannya hampir naik untuk mengusap kepala Aryana, tetapi terhenti apabila dia baharu teringat bahawa Aryana sudah dilindungi Allah. Dia hanya tersenyum nipis mengenangkan kesalahan yang hampir dia lakukan sebentar tadi. Matanya kembali memandang ke hadapan.

  “Dekat mana rumah awak?”

  “Nah…” Aryana menghulurkan telefon bimbitnya setelah menaip alamat rumahnya.

 Jalan Merah Pulasan Tiga U9/4C, Kayangan Heights, 40150, Selangor

  “Oh. Shah Alam rupanya. Does your family are at home right now?

  Amboi, dah tidur rupanya. Hmmm. Tak apalah. Kalau ada, bolehlah jumpa keluarga bakal isteri yang comel ini. Tengku Hariz tersengih bagai kerang busuk sepanjang perjalanan.


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Sunday, 22 December 2013 @ 02:47
The Unexpected Love (bab 8 part 5)
Hi / Assalamualaikum wbt

Saya membangkang PBSMR. Saya nak PBSMR dimansuhkan! Diorang tak pikir ke batch 99 ni terseksa dengan PBS ni semua. "PBSMR diakui lebih menyeluruh dan tidak membebankan para pelajar." Kepala jimbit kau tak membebankan! Stress! Anyway guys....Enjoy this chapter 8 part 5. Siapa batch 99 yang senasib dengan saya, angkat tangan. Aku kesian dekat korang and me.

hazirah xx


Bab 8 (part 5)

USAI meletakkan kereta di tempat parkir, Aryana berjalan lenggang kangkung menuju ke dalam restoran tersebut. Pakaian yang dia pakai tak adalah teruk sangat kalau hendak ke McDonalds pun. Aryana hanya mengenakan T-shirt putih lengan panjang, sepasang seluar sukan berwarna hitam dan rambutnya diikat tocang.



  Tekaknya mengubah selera pula. Sebentar tadi Aryana hanya ingin membeli aiskrim McFlurry, tiba-tiba perutnya berkeroncong minta diisi. Barulah dia teringat yang dia belum menjamah apa-apa pun semasa tengahari tadi. Memandangkan dia sudah berada di McDonalds, lebih baik dia menjamah McChicken Burger kegemarannya.

  Semasa hendak membayar pesanan di kaunter, tiba-tiba muncul seorang lelaki tinggi lampai berdiri di sebelah Aryana. Terkejut Aryana akan kehadiran lelaki tersebut. Mamat mana pula tiba-tiba masuk mencelah sebelah aku ni? Aryana mendongak memandang lelaki tersebut. Hampir tersembul keluar biji matanya tatkala melihat wajah si empunya badan yang tinggi menggalah.

  “Biar saya yang bayar. Ini duitnya, cik.” Lelaki tersebut menghulurkan sekeping not dua puluh kepada pekerja tersebut. Sempat lagi dia menjeling Aryana melalui ekor matanya.

  “Si Tengku sombong ni lagi! Ini tak boleh jadi ni. Dah tiga kali aku jumpa dia hari ni.” Fikir Aryana.
  Selepas pesanan Aryana dibayar oleh seorang lelaki budiman, Aryana segera mengangkat dulang dan berjalan menuju ke tempat duduk yang kosong. Tengku Hariz hanya mengekori Aryana di belakang. Dia pun tidak sangka bahawa Aryana juga berada dia McDonalds. Adakah ini jodoh aku, Ya Allah? Rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam dada Tengku Hariz.

  Tanpa mempelawa Tengku Hariz makan, Aryana terus menerkam burger kegemarannya. Muka Aryana yang sedang menikmati ‘burger free’ ditatap Tengku Hariz. Minah ni dah berapa tahun tak makan? Amboi, berselera benar gadis pujaan hati aku ni. Tanpa sedar, Tengku Hariz tersenyum lebar memandang Aryana.

  Mamat ni dah kenapa tersenyum-senyum pandang aku ni? Hai, sakit pula hati aku ni. Di dalam hati Aryana sudah berkira-kira apa hendak dibuat dengan mamat berketuruan diraja ini. Okay, Aryana! Kau ada empat pilihan jawapan.

A.    Tumbuk muka dia sampai lebam dan berdarah.

B.     Tampar muka dia dan suruh dia berambus sekarang juga!

Eh! Kejam sangat tu! Aryana, kau tak ingat ke dia dah bayarkan makanan kau tu? Aryana menasihati dirinya di dalam hati. Hmm…Ah! Do I look like I care about that? Duh!

C.     Senyum balik dekat dia sambil ketawa manja.

Jawapan C memang tak boleh blah! Aku bukan jenis mesra alam dengan mamat ni. Nak ketawa manja gedik bagai apahal? Buang tabiat kalau aku buat benda tu.

D.    Semua jawapan di atas.

Akhirnya, dia hanya mengabaikan sahaja pilihan jawapan tersebut. Aryana berpura-pura memandang keluar tingkap. Padahal ekor matanya asyik melihat Tengku Hariz di hadapannya. Lelaki tersebut hanya memandang ke lantai. Aik? Apasal dia ni?

  Sampai hati Aryana berbuat begitu kepadanya. Rasa bahagia tadi bertukar menjadi kecewa. Aku dah bayar dia makan, terima kasih pun tak ada. Hai, nasib badan jatuh hati pada perempuan hati keras seperti Aryana. Aku dekat depan dia ni, bagaikan halimunan sahaja. Sekurang-kurangnya senyumlah dekat aku. Ini tidak, muka kelat sahaja. Dijelingnya pula kita yang dah bayar makanan dia tu. Tengok! Pelawa aku makan pun tidak. Haih. Tengku Hariz melepaskan keluhan dalam hati.

  “Tak nak makan ke?”

  Alhamdulillah! Aku sangka kau bisu, rupanya boleh bercakap. Tengku Hariz mengangkat wajah memandang Aryana yang masih dengan wajah seriusnya.

  “Boleh juga!” jawab Tengku Hariz. Suara cerianya tidak boleh disorokkan lagi. Terjongket kening Aryana memandang Tengku Hariz. Aku tanya macam tu pun dia gembira juga?

  “Makanlah kentang tu. Tak apa, saya dah ada burger ni pun dah cukup buat saya kenyang. Awak makanlah kentang goreng tu.” Aryana tersenyum nipis memandang Tengku Hariz. Kesian pula dekat mamat korporat ni. Tengok muka pun aku tahu dia lapar.

  “Terima kasih, sayang…” Tengku Hariz membalas dengan suara sensualnya. Bergetar hebat dada Aryana mendengar suara tersebut. Sesiapa pun pasti cair mendengar intonasi yang lembut dan berbunyi seksi ditelinga. Mencerlung mata Aryana memandang Tengku Hariz.

  “Once again you call me sayang, I’ll dig your eyeball out.” Aryana memberi amaran sambil membuat aksi mengorek biji mata dengan jari telunjuknya. Tengku Hariz hanya tersenyum herot sambil mengunyah kentang goreng. Alah, acah-acah manja sahaja minah ni. Bukan buat betul pun.

  “Hariz! I’m damn serious right now! Don’t show me that stupid face of you.” Suara Aryana naik satu oktah. Tangan Aryana mengetuk meja menunjukkan amarahnya. Ada pula dia kata muka kacak ni muka bodoh? Marah benar perempuan ni. Tengku Hariz memandang sekeliling. Nasib baik tidak ramai orang, kalau tidak tentu mereka akan menjadi tumpuan orang ramai dek suara Aryana yang kuat dan bunyi meja diketuk.

  Hmm…Dia panggil aku Hariz. Selalunya dia panggil aku dengan gelaran Tengku atau saya-awak sahaja. Tengku Hariz mengetuk-ngetuk dagunya. Panas hati Aryana melihat Tengku Hariz yang berpura-pura pekak ini. Mamat ni dengar ke tidak apa yang aku cakap? Mengelamun jauh nampaknya mamat ni.

  Mahu tak mahu, Aryana menarik kolar baju Tengku Hariz. Dirapatkan bibirnya ke telinga kiri Tengku Hariz. Tengku Hariz tersentak dengan perlakuan Aryana yang tiba-tiba menarik kolar bajunya. Apa minah ni nak buat?

  “Awak ni pekak eh? Saya cakap, sekali lagi awak panggil saya sayang, saya korek biji mata awak. Faham?” Aryana berbisik ke telinga Tengku Hariz. Hembusan nafas Aryana di halwa telinganya mampu membuatkan jantungnya berhenti. Walaupun Aryana berbisik dengan suara yang tegas dan keras, masih mampu membuatkan jantungnya berdegup laju bagaikan ada kuda berlari di dalamnya. Usai membisikkan amaran ke telinga Tengku Hariz, perlahan- perlahan Aryana melepaskan kolar baju Tengku Hariz. Saat itu, barulah Aryana perasan bahawa mamat sombong di hadapannya ini mengenakan T-shirt Polo berwarna putih. Sedondon dengan baju T-shirt putih kosong yang dipakainya. Hmmm. Boleh tahan kacak juga Tengku seorang ini.



  Tengku Hariz yang masih lagi kaku dengan apa yang terjadi sebentar tadi hanya mendiamkan diri. Pelik betul dengan dia ni. Sekejap okay, sekejap seksi, sekejap mereng. Kenapa pula tiba-tiba jadi patung cendana dia ni? Aryana menggawang-gawangkan tangannya di hadapan wajah Tengku Hariz. Terus Tengku Hariz tersedar daripada lamunannya. Bagi menutup rasa malu, Tengku Hariz melemparkan senyuman herot kepada Aryana. Membahang terus muka Aryana melihat senyuman seksi itu lagi. Dia hanya menunduk memandang meja.

  “Okay, Encik Hariz. Thanks for the meal. I gotta go now. Enjoy your food and don’t forget to go home later. See you. Assalamualaikum.” Aryana bangun dari duduknya sambil melemparkan senyuman manis ke arah Tengku Hariz.  Belum sempat dia membalas, Aryana segera melangkah keluar. Rasa hampa menyelinap masuk ke dalam dada Tengku Hariz.


  Aryana berjalan menuju ke keretanya. Eh! Alamak! Aku lupa nak beli McFlurry. Aduh… Mahu tak mahu, terpaksa jugalah Aryana berpatah balik ke restoran tersebut. Dengan berhati-hati, Aryana mendekati kaunter untuk membeli dua aiskrim McFlurry. Mama tentu tidak mahu sebab mama tidak suka makan aiskrim. Semasa menunggu McFlurry dibuat, Aryana menoleh ke arah meja Tengku Hariz. Agak lega jugalah sebab meja yang diduduki Tengku Hariz agak jauh ke belakang dari kaunter. Mamat itu pula duduk membelakangi kaunter. Berganda-ganda perasaan lega Aryana. Selepas membuat pembayaran, Aryana terkocoh-kocoh keluar apabila melihat Tengku Hariz bangun. Berlari-lari dia ke tempat parkir. Usai menghidupkan enjin kereta, Aryana terus memecut laju keretanya keluar dari perkarangan restoran itu.


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Thursday, 19 December 2013 @ 03:40
The Unexpected Love (bab 8 part 4)
Hi / Assalamualaikum wbt

Memikirkan masalah yang melanda sampai lupa nak update. Di sini saya hendak mengambil kesempatan bukan di dalam kesempitan ok...Esok hari apa? Khamis kan? Haa...To all batch 98's...Keep praying to have a good result for your PMR. KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) cakap "PMR tahun ni lebih baik berbanding PMR tahun-tahun yang sebelum ni." So you all yang batch 98's ni patut rasa bangga sebab tahun korang dipuji oleh KPM tau. Mehehehe...Me? Saya PBSMR candidate. Ceh....Anyway! Enjoy this chapter 8 part 4! Chapter 8 panjang berjela-jela pula kan...

hazirah xx


Bab 8 (part 4)


“ASSALAMUALAIKUM…” Aryana melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Kosong. Sunyi sepi sahaja ruang tamu rumahnya. Aik? Mana pula mama ni? Mak Nab pun tak ada? Aik diorang ni. Selalunya mama sudah tercongok dekat ruang tamu sambil menonton televisyen atau membaca buku. Mak Nab pula kalau tidak di dapur pasti di laman rumah. Hmm…

  Kaki terus memanjat tangga menuju ke bilik. Jarum jam sudah menginjak ke pukul empat. Sekejap lagi berkumandanglah azan menandakan telah masuknya waktu solat asar. Selepas membersihkan diri, Aryana turun ke ruang tamu. Masih lagi sunyi-sepi. Tiba-tiba terdengar bunyi kelentung-kelentang dari dapur. Siapa pula yang sibuk memasak ni? Kaki terus mengorak langkah ke dapur. Sebatang tubuh lelaki yang sedang memasak dipandang Aryana dari atas hingga ke bawah. Siapakah gerangan manusia ini? Hati berdegup kencang. Pencuri? Takkanlah pencuri nak memasak pula.

  Serentak itu, Puan Hafizah menepuk lembut bahu Aryana. Terlompat Aryana dibuatnya.

  “Oh mak kau meletup!” penyakit latah Aryana menyerang. Dia mengurut dadanya. Bagai nak pecah jantung apabila disergah sebegitu rupa.

  “Apa mama ni main sergah orang?” kelat muka Aryana memandang Puan Hafizah. Agaknya nak bagi aku mati cepat kut.

  “Yang kamu terkejut sangat kenapa? Baru tepuk sikit dah melompat.” Puan Hafizah ketawa berdekah-dekah apabila melihat respons spontan Aryana.

  “Apalah kakak ni…” Aryana terus menoleh ke arah suara tersebut. Baby brother!

(Aryana's baby brother : Muhd Sharif a.k.a Arip)


  Aryana terus berlari mendapatkan adik bongsunya. Ahh…Dah menggunung rasa rindu dekat budak bertuah ni. Dipeluknya erat adik lelakinya itu bagai tidak mahu lepas.

  “Akak…lemaslah!” terkapai-kapai tangan adiknya meminta oksigen. Pelukan dirungkaikan.

  “Arip! Akak rindu gila dekat kau, dik! Amacam pelajaran kau? Dah dapat ijazah ke?” Aryana membuka mukadimah. Arip atau nama sebenarnya, Muhd Sharif mengambil jurusan business administration peringkat ijazah di Murdoch University, Perth di sebelah barat Australia. Umurnya tak adalah jauh sangat dengan umur Aryana.

  “Alhamdulillah, dapat kak. Ada juga orang rindukan kita. Hehe…” tersengih-tersengih Sharif seperti kerang busuk.

  “Alhamdulillah…Ala…Tak payah nak poyo sangatlah. Kau balik ni terus masak mimpi apa?” Aryana mengintai kuali di belakang Sharif. Apa benda tu?

  “Arip panaskan mee goreng ni. Dah sejuk tak sedap.” Balas Sharif.

  “Hmm…Yelah, pak cik!” cepat-cepat Aryana berlari ke ruang tamu. Sebelum Sharif mencubit lengannya, baik aku lari dulu. Cubitan dia mengalah orang perempuan.

  “Ish! Orang muda lagilah!”

  “Kau dah tua! Umur 23 tahun tu tua tau!” terkekeh-kekeh Aryana ketawa. Aryana melabuhkan punggung di sofa. Ingatannya mengimbas kembali kejadian petang tadi. Macam mana aku boleh terserempak dengan mamat tu lagi? Menegak bulu roma Aryana apabila teringat akan adegan terlebih romantik antara Tengku Hariz dan kekasih hatinya. Hmm…

   Pergi lantak ah mamat poyo tu! Ada aku kisah? Dicapainya alat kawalan jauh televisyen. Apa semua cerita bosan ni! Selesai menutup televisyen, Aryana memanjat tangga menuju ke bilik. Baik aku lepak dalam bilik.

  Memandangkan tiada kerja hendak dibuat, fon telinga dicapai. Ingat nak dengar lagu saja. Tiba-tiba telefonnya berdering. Siapa pula ni? Stalker! Amboi, mamat ni dah semakin berani nampaknya. Aryana berkira-kira di dalam hati sama ada hendak menjawab panggilan tersebut atau dibiarkan saja. Hmm…Belum sempat Aryana menekan ikon hijau, telefonnya mati.

  Mak ai! Bateri telefon dah kong! Macam manalah aku boleh lupa nak cas telefon ni. Terus dicapai cas bateri telefon di atas meja solek. Usai mencucuk wayar ke telefon, Aryana terus menuju ke pintu bilik. Sebenarnya nak keluar beli aiskrim McFlurry dekat McDonald. Tekak ni teringin pula nak makan aiskrim McFlurry. Semasa tangan sudah melekat di tombol pintu, telefonnya berdering. Apa lagi mamat stalker tu nak! Dengan perasaan marah yang menggunung, Aryana terus merembat telefonnya tanpa melihat nama di skrin.

  “Apa kau nak, stalker?!” terus dihamburkan amarahnya kepada orang disebelah sana.

  “Woi, mak cik! Ni akulah!” Liya? Lah, mak cik sorang ni rupanya.

  “Ha…Kau nak apa? Rindu aku ke?” tersengih-sengih Aryana. Malu!

  “Hish, kau ni! Tak rindu pun. Aku nak inform dekat kau ni, jangan lupa ajak family kau sekali datang majlis aku nanti.” Liya disebelah sana sudah mengukir senyuman lebar.

  “Majlis?” Aryana bertanya kepada Liya. Majlis apa pula mak cik ni?

  “Ya Allah! Kau ni, Aryana. Macam orang hilang ingatan betul! Majlis tunang dan akad akulah!” Rasanya mahu dicekik-cekik budak sorang ni. Ada pula boleh lupa majlis kawan baik sendiri. Nampaknya makin teruk ingatan Aryana.

  “Oh! Boleh pula aku lupa. Amboi. Dah nak jadi isteri orang kawan aku sorang ni. Lepas ni, nak jadi mak orang pula. Bolehlah aku dapat anak saudara sulung aku. Hehe…” Aryana tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia sudah memasang angan-angan hendakkan anak saudara sulungnya dari Liya.

  “Weh, sabar…Aku tunang pun belum lagi. Jangan lupa ajak keluarga kau sekali datang rumah aku, tau.” Cepat-cepat Liya menukar topik. Mukanya tak payah cakaplah, darah terasa menyerbu ke muka akibat malu yang teramat. Nasib baik Aryana tak ada depan aku, kalau tidak tentu aku jadi bahan ketawa mak cik tu.

  “Ha…InsyaAllah, Liya. Tahniah! Okay, bye. Waalaikummussalam.” Usai menamatkan perbualan dengan Liya, dia terus keluar. Aryana menonong ke pintu masuk rumah banglo tersebut. Puan Hafizah dan Sharif yang berada di ruang tamu memandang pelik ke arah Aryana.

  “Aryana nak ke mana, sayang?” Puan Hafizah berjaya mematikan langkah Aryana. Perlahan-lahan Aryana menoleh ke arah dua orang insan tersayang yang sedang memandang tepat ke arahnya.

  “Nak keluar beli aiskrim dekat McD…” Sekejap lagi mesti si Arip minta beli aiskrim untuk dia. Satu…Dua…Tiga.

  “Arip nak juga! McFlurry tau!” seperti apa yang aku jangkakan.

  “Ish, budak ni! Yelah…Pergi dulu, mama. Sekejap aje.” Aryana mencium tangan tua ibunya.


  “Hati-hati, sayang!” Aryana hanya membalas dengan anggukan kepala. Selepas menghidupkan enjin kereta, dia memandu menuju ke McDonalds berhampiran.


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Wednesday, 18 December 2013 @ 01:03
back | all rights reserved desiree 2012