Hi / Assalamualaikum wbt
Memikirkan masalah yang melanda sampai lupa nak update. Di sini saya hendak mengambil kesempatan bukan di dalam kesempitan ok...Esok hari apa? Khamis kan? Haa...To all batch 98's...Keep praying to have a good result for your PMR. KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) cakap "PMR tahun ni lebih baik berbanding PMR tahun-tahun yang sebelum ni." So you all yang batch 98's ni patut rasa bangga sebab tahun korang dipuji oleh KPM tau. Mehehehe...Me? Saya PBSMR candidate. Ceh....Anyway! Enjoy this chapter 8 part 4! Chapter 8 panjang berjela-jela pula kan...
hazirah xx
Bab 8 (part 4)
“ASSALAMUALAIKUM…”
Aryana melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Kosong. Sunyi sepi
sahaja ruang tamu rumahnya. Aik? Mana pula mama ni? Mak Nab pun tak ada? Aik diorang ni. Selalunya mama sudah
tercongok dekat ruang tamu sambil menonton televisyen atau membaca buku. Mak Nab pula kalau tidak di dapur pasti di laman rumah. Hmm…
Kaki terus memanjat tangga menuju ke bilik.
Jarum jam sudah menginjak ke pukul empat. Sekejap lagi berkumandanglah azan
menandakan telah masuknya waktu solat asar. Selepas membersihkan diri, Aryana
turun ke ruang tamu. Masih lagi sunyi-sepi. Tiba-tiba terdengar bunyi
kelentung-kelentang dari dapur. Siapa pula yang sibuk memasak ni? Kaki terus
mengorak langkah ke dapur. Sebatang tubuh lelaki yang sedang memasak dipandang
Aryana dari atas hingga ke bawah. Siapakah gerangan manusia ini? Hati berdegup
kencang. Pencuri? Takkanlah pencuri nak memasak pula.
Serentak itu, Puan Hafizah menepuk lembut
bahu Aryana. Terlompat Aryana dibuatnya.
“Oh mak kau meletup!” penyakit latah Aryana
menyerang. Dia mengurut dadanya. Bagai nak pecah jantung apabila disergah
sebegitu rupa.
“Apa mama ni main sergah orang?” kelat muka
Aryana memandang Puan Hafizah. Agaknya nak bagi aku mati cepat kut.
“Yang kamu terkejut sangat kenapa? Baru tepuk
sikit dah melompat.” Puan Hafizah ketawa berdekah-dekah apabila melihat respons
spontan Aryana.
“Apalah kakak ni…” Aryana terus menoleh ke
arah suara tersebut. Baby brother!
(Aryana's baby brother : Muhd Sharif a.k.a Arip)
Aryana terus berlari mendapatkan adik
bongsunya. Ahh…Dah menggunung rasa rindu dekat budak bertuah ni. Dipeluknya
erat adik lelakinya itu bagai tidak mahu lepas.
“Akak…lemaslah!” terkapai-kapai tangan
adiknya meminta oksigen. Pelukan dirungkaikan.
“Arip! Akak rindu gila dekat kau, dik! Amacam pelajaran kau? Dah dapat ijazah
ke?” Aryana membuka mukadimah. Arip atau nama sebenarnya, Muhd Sharif mengambil
jurusan business administration
peringkat ijazah di Murdoch University, Perth di sebelah barat Australia.
Umurnya tak adalah jauh sangat dengan umur Aryana.
“Alhamdulillah, dapat kak. Ada juga orang
rindukan kita. Hehe…”
tersengih-tersengih Sharif seperti kerang busuk.
“Alhamdulillah…Ala…Tak payah nak poyo
sangatlah. Kau balik ni terus masak mimpi apa?” Aryana mengintai kuali di
belakang Sharif. Apa benda tu?
“Arip panaskan mee goreng ni. Dah sejuk tak
sedap.” Balas Sharif.
“Hmm…Yelah, pak cik!” cepat-cepat Aryana
berlari ke ruang tamu. Sebelum Sharif mencubit lengannya, baik aku lari dulu.
Cubitan dia mengalah orang perempuan.
“Ish! Orang muda lagilah!”
“Kau dah tua! Umur 23 tahun tu tua tau!”
terkekeh-kekeh Aryana ketawa. Aryana melabuhkan punggung di sofa. Ingatannya
mengimbas kembali kejadian petang tadi. Macam mana aku boleh terserempak dengan
mamat tu lagi? Menegak bulu roma Aryana apabila teringat akan adegan terlebih
romantik antara Tengku Hariz dan kekasih hatinya. Hmm…
Pergi lantak ah mamat poyo tu! Ada aku kisah? Dicapainya alat kawalan jauh
televisyen. Apa semua cerita bosan ni! Selesai menutup televisyen, Aryana
memanjat tangga menuju ke bilik. Baik aku lepak dalam bilik.
Memandangkan tiada kerja hendak dibuat, fon
telinga dicapai. Ingat nak dengar lagu saja. Tiba-tiba telefonnya berdering.
Siapa pula ni? Stalker! Amboi, mamat ni dah semakin berani nampaknya.
Aryana berkira-kira di dalam hati sama ada hendak menjawab panggilan tersebut
atau dibiarkan saja. Hmm…Belum sempat
Aryana menekan ikon hijau, telefonnya mati.
Mak ai! Bateri telefon dah kong! Macam manalah aku boleh lupa nak
cas telefon ni. Terus dicapai cas bateri telefon di atas meja solek. Usai
mencucuk wayar ke telefon, Aryana terus menuju ke pintu bilik. Sebenarnya nak
keluar beli aiskrim McFlurry dekat McDonald. Tekak ni teringin pula nak makan
aiskrim McFlurry. Semasa tangan sudah melekat di tombol pintu, telefonnya berdering.
Apa lagi mamat stalker tu nak! Dengan
perasaan marah yang menggunung, Aryana terus merembat telefonnya tanpa melihat
nama di skrin.
“Apa kau nak, stalker?!” terus dihamburkan amarahnya kepada orang disebelah sana.
“Woi, mak cik! Ni akulah!” Liya? Lah, mak cik
sorang ni rupanya.
“Ha…Kau nak apa? Rindu aku ke?”
tersengih-sengih Aryana. Malu!
“Hish, kau ni! Tak rindu pun. Aku nak inform dekat kau ni, jangan lupa ajak family kau sekali datang majlis aku
nanti.” Liya disebelah sana sudah mengukir senyuman lebar.
“Majlis?” Aryana bertanya kepada Liya. Majlis
apa pula mak cik ni?
“Ya Allah! Kau ni, Aryana. Macam orang hilang
ingatan betul! Majlis tunang dan akad akulah!” Rasanya mahu dicekik-cekik budak
sorang ni. Ada pula boleh lupa majlis kawan baik sendiri. Nampaknya makin teruk
ingatan Aryana.
“Oh! Boleh pula aku lupa. Amboi. Dah nak jadi
isteri orang kawan aku sorang ni. Lepas ni, nak jadi mak orang pula. Bolehlah
aku dapat anak saudara sulung aku. Hehe…”
Aryana tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia sudah memasang angan-angan
hendakkan anak saudara sulungnya dari Liya.
“Weh, sabar…Aku tunang pun belum lagi. Jangan
lupa ajak keluarga kau sekali datang rumah aku, tau.” Cepat-cepat Liya menukar
topik. Mukanya tak payah cakaplah, darah terasa menyerbu ke muka akibat malu
yang teramat. Nasib baik Aryana tak ada depan aku, kalau tidak tentu aku jadi
bahan ketawa mak cik tu.
“Ha…InsyaAllah, Liya. Tahniah! Okay, bye. Waalaikummussalam.” Usai menamatkan
perbualan dengan Liya, dia terus keluar. Aryana menonong ke pintu masuk rumah banglo tersebut. Puan Hafizah dan Sharif yang berada di ruang tamu memandang
pelik ke arah Aryana.
“Aryana nak ke mana, sayang?” Puan Hafizah
berjaya mematikan langkah Aryana. Perlahan-lahan Aryana menoleh ke arah dua
orang insan tersayang yang sedang memandang tepat ke arahnya.
“Nak keluar beli aiskrim dekat McD…” Sekejap lagi mesti
si Arip minta beli aiskrim untuk dia. Satu…Dua…Tiga.
“Arip nak juga! McFlurry tau!” seperti apa
yang aku jangkakan.
“Ish, budak
ni! Yelah…Pergi dulu, mama. Sekejap aje.”
Aryana mencium tangan tua ibunya.
“Hati-hati,
sayang!” Aryana hanya membalas dengan anggukan kepala. Selepas menghidupkan enjin
kereta, dia memandu menuju ke McDonalds berhampiran.
hazirah xoxo