Hi / Assalamualaikum wbt
Part 3~! Hehehehehe...semuanya pendek-pendek belaka. It's okay.
hazirah xx
Bab 8 (part 3)
PUAN
Lydia
duduk bersandar di gazebo sambil menghirup udara nyaman dan menikmati secawan
teh. Dia sedang menanti kepulangan anaknya. Suaminya outstation selepas mesyuarat tadi.
“Puan nak buah tembikai tak? Saya boleh
potongkan.” pembantu rumah yang dikenali sebagai Mak Mah menegur.
“Tak apalah, kak. Saya dah kenyang.” Puan
Lydia membalas dengan senyuman yang terukir di bibir. Tidak lama kemudian
kedengaran deruman enjin kereta milik anaknya. Puan Lydia segera mengarahkan
Mak Mah untuk membuka pintu pagar rumah agam itu. Setelah pintu pagar dibuka kereta
Porsche Cayenne milik Tengku Hariz masuk.
“Lambat Hariz balik hari ni.” Puan Lydia
segera mendapatkan anaknya yang sudah turun dari kereta. Tengku Hariz hanya
tersenyum hambar. Selepas bersalam dan mencium pipi ibunya, dia melangkah masuk
ke dalam rumah. Puan Lydia memandang pelik ke arah anaknya. Dah kenapa anak aku
ni?
Tengku Hariz mencampakkan briefcasenya ke atas lantai lalu
melabuhkan duduk ke atas sebuah sofa kulit di ruang tamu. Dia melonggarkan
ikatan tali lehernya.
“Macam mana kerja hari ni, sayang? Okay?”
Puan Lydia duduk di sebelah Tengku Hariz sambil menepuk peha anak terunanya
itu. Tiada jawapan kedengaran. Tengku Hariz hanya melepaskan keluhan yang
berat.
“Hmm…kamu pergilah naik atas, berehat. Dah
solat zohor belum?” Tengku Hariz hanya mengangguk. Sebelum mesyuarat tadi dia
sudah solat zohor di pejabatnya.
“Bagus…Bolehlah jadi imam kepada bakal
menantu mummy.” terbuka luas kelopak
mata Tengku Hariz yang tadinya tertutup rapat. Mimpi apa mummy aku ni?
Puan Lydia tertawa kecil melihat wajah kebingungan
anak terunanya itu. Cakap pasal kahwin mulalah nak terkejut beruk. Baru cakap
macam tu dah terkejut. Nasib baik muka handsome.
“Ala…Kamu ni, Riz. Baru cakap macam tu dah
terkejut beruk. Kamu tak ada calon lagi ke? Kalau tak ada mummy dengan daddy dah
ada sorang calon. Cantik dia tu. Pakaian pun tak adalah tak cukup kain sangat
kalau nak dibandingkan dengan si Zura tu. Kalau kamu kata si Zura tu calon
kamu, mummy bangkang 100%.” Puan
Lydia menayangkan muka selamba.
Tengku Hariz melepaskan keluhan kecil.
Takkanlah mummy nak jodohkan aku
dengan pilihan dia? Arghh! Serabut betul, hatinya menjerit.
“Mummy nak
menantu ya? Hmm…Nanti Hariz cari bakal isteri Hariz tu. Mummy bagi masa dua bulan dekat Hariz untuk cari calon menantu mummy and daddy. Okay?”
“Dua bulan nak cari calon isteri? Hei, sayang
oiii. Habis si Zura tu siapa? Kamu simpan dia buat pekasam aje ke?” suara Puan Lydia semakin meninggi. Susah betul dapat anak
lelaki yang playboy ni.
“Ala, mummy
ni. Mummy sendiri yang tak suka
Hariz kahwin dengan Zura kan? Kalau mummy
nak tahu, Hariz dah ada sorang calon.”
“Yakah? Baguslah kalau macam tu. Mummy rasa kalau dua bulan tu lama
sangatlah. Satu bulan aje dah cukup. Mummy tunggu tau.” Puan Lydia segera
mengangkat punggung dan melangkah ke arah dapur.
“Alamak mummy
aku ni. Satu bulan tak cukup…” Tengku Hariz meraup rambutnya ke belakang.
Dia menggigit kuku memikirkan bagaimana mahu memutuskan hubungan dengan Zura.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering mematikan lamunan Tengku Hariz.
“Hello,
Zura…”
“Sayang!!! Kenapa you tinggalkan I
sorang-sorang dekat sini?! You tahu tak I malu dengan semua orang yang tengok
tadi! Tak patut you buat macam tu dekat girlfriend
you tau!” suara Zura yang nyaring menyapa halwa telinganya.
“My
girlfriend? Since when I have a girlfriend?” Tengku Hariz bertanyakan
soalan bodoh.
“What???
What’s wrong with you?! Buang tabiat ke you ni? I lah girlfriend you! Kenapa you tanya soalan bodoh macam tu, Hariz?!” bingit
telinga Tengku Hariz mendengar suara Zura yang separuh menjerit. Memang marah benar
Zura ni.
“Look, Zura…I think, our relationship is just
here. Full stop.”
“Whaaaat???!” Tengku Hariz menjauhkan sedikit
telefon dari telinganya.
“You’re kidding, right? Tell me yang you hanya
bergurau dengan I!”
“No, Zura… I’m damn serious!” Tengku Hariz
menegaskan. Dia berasakan keputusan yang telah dibuat adalah betul untuk dirinya.
Tidak lama kemudian kedengaran esakan halus di telefon. Zura menangis?
“Hello, Zura??? Are you crying?”
Tiada jawapan.
Hanya esakan halus yang kedengaran. Belum sempat Tengku Hariz membalas, talian telah
dimatikan.
“Hmm…Apa
aku dah buat ni?”
hazirah xoxo