Hi / Assalamualaikum wbt
Hehehe...tak ada idealah nak tulis. Better pendek dari tak ada langsungkan.
hazirah xx
Bab 8 (part 2)
SELEPAS
menemani
Liya membeli cincin perkahwinannya, Aryana terus meminta diri. Dia mengorak
langkah menuju ke arah pintu masuk lif. Hanya dia seorang sahaja yang berada di
dalam lif. Tiba-tiba lif tersebut berhenti di tingkat tiga pusat beli-belah
itu. Aryana hanya mengundur setapak untuk memberi ruang kepada dua orang
makhluk itu untuk masuk. Dia hanya menundukkan kepalanya.
“I happy
sangat hari ni, sayang…” Aryana terdengar suara seorang perempuan.
Suaranya…gedik betul.
“Kenapa?” suara lelaki menjawab. Aryana
mendongak memandang dua batang tubuh yang berdiri membelakanginya. Eiii…Tak
tahu malu ke apa peluk-peluk dekat public?
Sakit mata Aryana melihat kelakuan mereka.
“Yelah. Hari ni I dapat lunch dengan you.” perempuan tersebut memeluk erat lengan sasa
lelaki itu. Entah dah halal ke tidak diorang ni, hati Aryana terus berbisik.
“Hmm…Yelah, sayang…” suara lelaki itu
mendatar. Aryana cuba berlagak setenang yang boleh. Aik, Aryana? Apasal kau
gelabah pula ni?
Aryana hanya menundukkan kepalanya memandang
lantai. Lelaki tersebut menoleh ke belakang apabila dia baru perasan bahawa ada
orang lain yang melihat adegan terlebih gedik kekasihnya. Serentak itu, Aryana
mengangkat kepala memandang ke hadapan. Matanya bertaut dengan sepasang mata hazel milik lelaki itu. Matanya
terbuntang tatkala memandang wajah tersebut. Whaaaaat?!
“Eh! Cik Aryana!” lelaki itu merungkaikan
pegangan erat di lengannya. Dia tersenyum lebar melihat sekujur tubuh yang
hanya berdiri tegak memandangnya. Terkejut agaknya, telah hatinya.
“Ya…Hai.”
Aryana menjawab malas. Macam manalah aku boleh terserempak dengan Tengku sombong
ni lagi?
“What are you doing here? Shopping?” Tengku
Hariz bertanya mesra.
“It’s none of your business.” Dah kenapa si
Hariz ni tiba-tiba jadi mesra alam pula ni? Aryana terus melangkah keluar dari perut
lif itu. Buat apa duduk situ lama-lama. Buat menyesakkan dada sahaja. Aik? Kenapa
dengan kau ni, Aryana?
Tengku Hariz
segera mengejar Aryana. Tetapi langkahnya terhenti saat lengannya ditarik seseorang.
Dia berpaling memandang wajah yang tampak marah. Ah, sudah.
“What’s wrong with you? Why you want to chase
her? Did you know her? Did you?!” bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh
Zura kepada Tengku Hariz. Tengku Hariz memicit pelipisnya. Dia baru teringat yang
Zura berada bersamanya sewaktu di dalam lif tadi. Dengan selamba dia mengejar Aryana.
Mana tak mengamuknya buah hatinya ini.
“Just forget it. I’m going home.” Tengku Hariz
melepaskan tangan yang masih memegang lengannya. Dengan selamba dia meninggalkan
Zura yang sedang marak dengan api kemarahan. Bagaikan baru tersedar, beg-beg beli-belah
Zura masih berada di tangannya. Dia terpaksa berpatah balik dan meletakkan kesemua
beg-beg tersebut di hadapan Zura. Tengku Hariz dapat rasakan bagaikan ada aura hitam
di sekeliling Zura. Tanpa mengucapkan selamat tinggal, dia terus melangkah laju
meninggalkan Zura keseorangan.
“Tak guna
punya jantan!” Zura memaki Tengku Hariz di dalam hati. Sakitnya hati apabila orang
tersayang bersikap begitu dengannya. Siapa orang yang si Hariz kejar tadi? Muka
macam pernah tengok. Jangan-jangan itu si Aryana, bekas kekasih Hariz? Arghhh! Ini
tak boleh jadi.
Zura mengepal-ngepalkan
penumbuknya. Pesaingnya hidup lagi rupanya. Jangan harap Aryana akan jadi milik
kau, Hariz. Dia tersenyum penuh makna.
hazirah xoxo