homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
The Unexpected Love (bab 8 part 1)
Hi / Assalamualaikum wbt

Hari ni publish CHAPTER 8 PART 1! hehehehe...enjoy~

hazirah xx


Bab 8 (part 1)

“Kau ke mana, Liya? Lama kitorang tunggu kau.” sapa Aryana setelah melihat sahabatnya itu berjalan menuju ke arah dia dan Haiqal.

  “Tak ada apa. Aku pergi tandaslah.” jawab Liya lemah.

  “Oh. Ni cincin yang aku rasa cantik. Harap kau berkenan.” serta-merta Aryana mengubah topik perbualan. Cincin berlian yang telah dipilih Aryana beralih tangan. Liya membelek cincin tersebut. Berlian yang besar ditengah-tengah dan terdapat berlian kecil yang banyak di sebelah kiri dan kanan cincin tersebut. Memang cantik habis! Dia menyarungkan cincin berlian tersebut ke jari manisnya sambil diperhatikan Aryana, Haiqal dan pekerja yang melayan mereka. Setelah agak berpuas hati dengan design dan saiz cincin tersebut, Liya mencebik.



  “Apasal? You don’t like it?” soal Aryana.

  “I like it very much…but how much the cost of this ring?” Liya bertanya kepada bertanya kepada pekerja tersebut.

  “Tak mahal, cik. RM 4133.97 sahaja.” lancar sahaja pekerja itu menjawab pertanyaan Liya.

  Liya yang mendengar jawapan yang meniti di bibir pekerja wanita itu hanya ternganga. Aryana dan Haiqal yang melihat reaksi spontan daripada Liya tertawa kecil.

  “Why your face like that, Liya?” Aryana bertanya dengan sisa ketawanya yang masih ada.

  “Mana taknya aku melopong. Harga cincin ni 4K kau tahu tak?” Liya berbisik di telinga Liya supaya tidak didengari pekerja itu.

  “Soal duit kau jangan risau. Aku boleh tolong kasi kau sikit duit.” Aryana menjawab selamba. Baginya cincin yang bernilai 4K berapalah sangat. Haiqal sejak dari tadi berdiam diri bersuara.

  “Girls. Cik ni kata kalau couple who’s getting married soon, dapat diskaun. Liya beli cincin tu,  saya beli cincin platinum ni.” Haiqal menunjukkan cincin platinum yang simple kepada mereka sambil tersenyum manis. Merekah senyuman dibibir Liya apabila mendengar berita yang disampaikan oleh bakal suaminya itu.



  “Diskaun, cik?” Liya bertanya kepada pekerja yang setia berdiri di hadapan mereka. Bagi mendapatkan kepastian, lebih baik dia bertanya kepada pekerja itu.

  “Ya, cik. Kalau cik dengan encik ni akan berkahwin tidak lama lagi, kedai kami adakan promosi kepada pelanggan kami yang akan berkahwin. Harga cincin ni 4K, so kami turunkan menjadi 3K. Kira okaylah tu, cik.” ujar pekerja tersebut panjang lebar. Liya tersenyum memandang pekerja tersebut. Dan pandangannya beralih kepada Haiqal yang sedang sibuk membelek cincin platinumnya itu. Ralit Liya memerhatikan laman wajah Haiqal tanpa menyedari Aryana juga sedang merenungnya.

  “Dah kahwin nanti bolehlah kau tenung muka dia puas-puas.” teguran Aryana mematikan lamunan Liya. Secara automatik, tangan Liya naik memukul peha kanan Aryana. Aryana mengaduh kesakitan. Pekerja wanita itu hanya tersengih-sengih memandang Liya.


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Sunday, 15 December 2013 @ 03:23
back | all rights reserved desiree 2012 | forth