homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
The Unexpected Love (bab 7 part 2)
Hi / Assalamualaikum wbt

Dah berhabuk blog ni. Even baru sehari tak update...hehe. Okay hari ni saya nak publish chapter 7 part 2. Enjoy~

hazirah xx


Bab 7 (part 2)




SESAMPAINYA di Pavilion, Tengku Hariz terus meluru keluar daripada kereta tanpa meninggalkan apa-apa pesanan kepada Zul. Zul yang tidak sempat menghalang majikannya daripada pergi hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba telefon bimbiitnya berbunyi. Tengku Hariz mendengus kasar selepas membaca nama yang tertera pada skrin. Lambat-lambat dia menekan punaat hijau.

  “Ya?” jawab Tengku Hariz malas.

  “Darling, kenapa you macam tak suka aje I call you ni? Kenapa lambat sangat pick up your phone?” sakit telinga Tengku Hariz mendengar suara gemersik berbaur rengekan manja daripada Zura.

  “I dah sampai ni. You dekat mana?” soalannya yang diajukan oleh Zura tidak dijawabnya.

  “You dah sampai? I dekat kedai Forever 21 ni, tengah belek baju.” jawab Zura riang.

  “Okay.” Tengku Hariz terus mematikan panggilan tanpa sempat Zura berkata apa-apa.

  Dia menghayunkan langkah memasuki pusat beli-belah yang besar itu. Ramai orang berasak-asak di depan pintu masuk Pavilion. Tengku Hariz perasan ramai anak muda sedang melepak bersama rakan-rakan mereka sambil menghisap rokok. Orang datang sini nak membeli-belah bukan melepak. Buat sakit mata aje tengok diorang ni, hati kecilnya berbisik.

  “Hello, Zura. I dah ada dekat depan Forever 21 ni. Keluarlah.” tanpa menunggu jawapan daripada Zura, dengan selamba dia menekan punat merah.
  Terkocoh-kocoh Zura keluar daripada kedai tersebut. Hampir terjojol biji mata Tengku Hariz apabila terpandangkan beg-beg yang begitu banyak di tangan kiri dan kanan Zura. Amboi, minah ni. Shopping nampak.

  “Kenapa you tengok I macam tu, honey? Did I look so gorgeous today until you staring at me in that way?”  soal Zura tertawa kecil.

  Memang tidak dapat dinafikan lagi, Zura memang cantik. Dengan teal belted short dresses paras lutut yang sesuai dengan tubuhnya yang tinggi ramping. Cantik, getus hati kecilnya.



  “Yes, you are…” Zura sudah tersenyum mendengar pujian daripada kekasih hatinya.

  “Tapi I bukan terkejut sebab you cantik. Sebab I terkejut tengok shopping bag yang banyak tu. Patutlah tak reti-reti nak call I, rupanya busy dengan shopping you tu.” jelas Tengku Hariz tegas. Penat dia menunggu panggilan daripada Zura, rupanya kekasih hatinya itu sibuk membeli-belah.

  “Ala…you ni. I’m sorry, okay. I tak sedar pun masa I shopping tadi.” tangan Zura memaut memaut leher Tengku Hariz yang putih. Sengaja dia berbuat begitu supaya kekasih hatinya itu cair. Memandangkan Tengku Hariz tinggi, Zura terpaksa menjengketkan sedikit kakinya walaupun dia memakai kasut tumit tinggi 4 cm.

  Tengku Hariz menelan liur tatkala Zura memaut lehernya. Naik turun dadanya menahan rasa. Pandailah awek aku ni nak ambil hati aku. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Bagaikan terkena renjatan elektrik, Tengku Hariz menolak lembut tubuh Zura yang begitu rapat dengan tubuhnya. Muka Zura tampak tidak puas hati.

  “Apa you ni? I miss you more than a lot. Bila kita jumpa, you tolak I pula.” Zura menyilangkan tangannya ke dada tanda tidak puas hati akan sikap Tengku Hariz yang berbeza daripada biasa.

  “Bukan macam tu, sayang… Kita dekat public ni. You kena control sikit kelakuan you. Malulah orang tengok.” Tengku Hariz berbisik di telinga Zura. Pujukan Tengku Hariz berjaya apabila Zura mengukirkan sebuah senyuman.

  “Sorry. I terlebih pula tadi. Don’t you miss me. Darling? I miss you…” Zura memeluk lengan Tengku Hariz pula. Tengku Hariz memandang Zura dengan pandangan yang tidak puas hati.

  “Yes, me too…” Tengku Hariz menepis tangan yang memaut lengannya itu. Dia mengangkat beg-beg membeli-belah Zura yang berada di atas lantai.

  “Okay, sayang…Jom kita pergi lunch.” suara Tengku Hariz bertukar sensual. Zura tersenyum menggoda pada buah hatinya yang sedang berjalan ke arahnya sambil menjinjing beg-beg membeli-belahnya.

  “Okay!” jawab Zura ceria. Dia terus mendapatkan lengan Tengku Hariz. Sengaja dia menggesel-geselkan pipinya pada lengan sasa itu. Minah ni tak faham bahasa betullah. Dibiarkan sahaja Zura yang tergedik-gedik di sebelahnya.

  Semasa di dalam lif, telefon bimbitnya berbunyi.

  “Assalamualaikum. Kau dah sampai ke?” suara Liya yang seperti berbisik itu menerpa di halwa telinganya.
  “Waalaikummussalam. Aku dah sampai.” jawab Tengku Hariz bersahaja. Zura mendongak memandang Tengku Hariz. Dia memasang telinga mendengar perbualan mereka.

  “Okay. See you there.” Tengku Hariz menamatkan perbualan mereka. Dia menunduk memandang Zura yang setia disisinya. Seketika mata mereka bertembung. Naik turun dada Zura apabila pandangan mereka bertaut. Tetapi lain pula yang dirasakan oleh Tengku Hariz. Dia langsung tidak berdebar semasa memandang sepasang mata yang berwarna coklat pekat itu. Kenapa ya?

  “Kenapa you pandang I macam tu?” terjongket kening Tengku Hariz memandang Zura yang haya kaku di sebelahnya.

  “Err…Dengan siapa you bercakap tadi?” soalan Tengku Hariz tadi dibiarkan tanpa jawapan. Nak jawab macam mana kalau aku sendiri pun tak tahu apa jawapannya, hatinya berbisik.

  “Kawan I. Nanti I nak jumpa dengan kawan I. Sekejap aje. You tunggu I dekat Nando’s.” Tengku Hariz mencuit dagu Zura selepas mereka keluar daripada perut lif. Mereka berjalan beriringan menuju ke Nando’s. Selepas menghantar Zura di restoran tersebut, Tengku Hariz mendail nombor Liya.

  “Hello, Liya. Kau dekat Chatime ke?”

  “Banyaklah kau punya Chatime. Aku rasa tak perlu kut aku terangkan apa yang dah jadi pada Aryana setahun yang lalu.” balas Liya kasar.

  “What do you mean? Stop talking nonsense. I need to know about that.

  “It’s not important for you to know about Aryana. Aryana bukan siapa-siapa bagi kau, kan?”

  “Stop talking bullshit! She’s important for me. She’s everything for me.” dadanya berombak menahan amarah.

  “Everything konon. Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat tadi?” sinis suara Liya berkata.

  “Where are you now?

  “Aku dekat belakang kau.” serta merta Tengku Hariz menoleh ke belakang. Liya sedang menyilangkan tangan ke dadanya. Menikam mata Liya memandang lelaki kacak dihadapannya ini.

  “Mana Aryana?” Tengku Hariz bertanya. Matanya melilau mencari kelibat bekas kekasihnya itu.

  “Follow me.” Liya melangkah laju meninggalkan Tengku Hariz terpinga-pinga. Liya berhenti di satu sudut yang agak tersorok daripada orang ramai. Peluh dingin membasahi dahi Tengku Hariz.

  “Aku tak sangka yang kau still tak berubah. Dulu dengan sekarang sama aje.” Liya memulakan perbualan. Dia menjeling geram pada Tengku Hariz.

  “Apa yang berubah? Cepat bagitahu aku. Just straight to the point!” Tengku Hariz sudah hilang sabar. Dia tidak mahu Zura melihat dia bersama perempuan lain. Walaupun Liya hanya kawan baik kepada bekas kekasihnya.

  “Disebabkan kau Aryana terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Disebabkan kau Aryana hilang ingatan. Memang padan dengan muka kau!” Liya menghamburkan segala amarahnya yang sudah tertanam pada Tengku Hariz.

  “Aryana accident? Bila?” terbeliak mata Tengku Hariz selepas mendengar khabar tersebut.

  “Ya! Selepas dia melihat adegan tak senonoh kau dengan Zura, dia menangis. Dia kecewa dengan kau. Dia drive kereta dia dengan laju. Dengan air mata yang bertakung, sukar bagi dia untuk melihat jalan pada waktu malam. Semasa diselekoh, kereta Aryana hilang kawalan. Dia terkejut apabila sebuah lori keluar dari selekoh jalan secara tiba-tiba. Kereta dia bertembung dengan lori tersebut...” suara Liya kedengaran sayu di telinga Tengku Hariz. Mungkin dia cuba menahan sebak di dada.

  “Tak teruk kan?” soal Tengku Hariz.

  “Tak teruk kau cakap? Bodoh!” selamba Liya memanggil Tengku Hariz bodoh. Empangan air matanya sudah pecah. Air matanya berlinangan di pipi mengenangkan nasib sahabatnya.

  “Dalam kemalangan tu melibatkan pejalan kaki juga. Tiga orang pejalan kaki mati di tempat kejadian akibat terperosok di bawah lori. Apa yang lebih menyedihkan tiga orang pejalan kaki tersebut adalah sebuah keluarga yang malang. Suami isteri yang mati bersama anak kecilnya yang baru berusia tiga tahun. Kereta Aryana remuk teruk. Seremuk hatinya yang kecewa dengan kecurangan kau di belakang dia…Nasib Aryana baik walaupun kecederaannya agak parah. Sebelum dia koma, dia pesan dekat aku supaya tak bagitahu kau. Dia takut sangat kau risau tentang dia…Tapi kau langsung tak kesah pasal dia. Cari dia pun tak.” terang Liya panjang lebar.

  “Kau tak tahu aku macam orang gila cari dia, Liya. Aku sayang dekat dia. Mustahil sekelumit rasa risau dekat dia langsung tak ada. Pasal Zura tu, dia yang peluk aku pada malam tu. Dia menangis teruk sangat sebab pakwe dia tinggalkan dia. Aku pujuklah dia. Kau tak boleh nak salahkan aku dalam hal ni. Aku tak bersalah!” balas Tengku Hariz cuba membela diri.

  “Kau bersalah! Dah terlambat untuk kau terangkan segala-galanya, Hariz. Nampaknya kau lebih memilih Zura daripada Aryana.” Liya mengesat air matanya dengan hujung tudungnya.

  Tengku Hariz meraup-raup mukanya. Rambutnya yang tadi kemas kini berserabut. Serabutnya kepala aku, jerit hati kecilnya.

  “Tapi tu tak bermakna aku tak sayangkan Aryana.”

  “Sayang? Huh! Senangnya kau ucap sayang pada orang kan? Hei! Kalau kau sayang dia tak adanya kau bermesra dengan betina tulah!”

  “Watch your mouth, Liya!” mencerlung matanya memandang Liya. Mulut tak ada insurans langsung!


  “Kau tu yang perlu jaga mulut tu! Jangan senang-senang nak ucap sayang tapi hakikatnya kau permainkan perasaan orang! I’m so impressed with you. Lepas aje kejadian malam tu, kau dengan minah tu couplekan? Bagus. Lepas ni kalau aku tahu kau cuba nak dekati Aryana, siap kau!” Liya memberi amaran kepada Tengku Hariz dan melangkah pergi meninggalkan Tengku Hariz sendirian.


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Saturday, 14 December 2013 @ 00:18
back | all rights reserved desiree 2012 | forth