Hi / Assalamualaikum wbt
Hari nak publish chapter 7 pulak...Enjoy this chapter 7 part 1 guys.
hazirah xx
Bab 7 (part 1)
“Zul, bawa aku pergi
Pavilion.” Arah Tengku Hariz.
“Yes,
sir. Tengku nak buat apa pergi Pavilion tu?” soal Zul.
“Lunch.”
Pendek jawapan dari Tengku Hariz.
Tengku Hariz bersandar letih pada kerusi
kereta Porsche Cayennenya. Naik rimas pula dia dengan Zura ni.
“Penat.” Tengku Hariz melepaskan keluhan
kecil tetapi masih dapat didengari Zul.
“Aik, Tengku? Penat ke? Kenapa tak balik
rumah lunch dengan Puan aje. Lepas makan boleh tidur dekat rumah
terus.” Zul memandang majikannya menerusi pantulan cermin hadapan kereta.
Balik rumah lunch dengan mummy?
Tengku Hariz mencerna semula saranan yang diberikan oleh Zul sebentar tadi.
“Tak bolehlah, Zul. Actually, aku ada date dengan
awek aku.” Makan tengahari bersama Zura memang rutin harian dia. Kalau cancelkan makan tengahari dengan Zura,
memang aweknya tu akan berubah menjadi Hulk. Marah dan merajuk sampai
berminggu-minggu kalau tak dipujuk.
“Si Zura tu? Bos, awek bos tu gedik aje saya tengok. Menyampah saya tengok
dia tu. Baik bos minta clash aje
dengan dia tu. Tak adalah bos pening melayan karenah perempuan tu.” Selamba
sahaja Zul bercakap.
“Amboi. Sedap-sedap mulut kau aje kutuk awek aku kan. Kau kutuk depan
pakwe dia pula tu. Mulut kau memang tak pakai saman kan? Aku sayang dia. Pening
macam mana pun aku tetap layan karenah dia yang gedik-gedik tu.” Geram sungguh
Tengku Hariz dengan Zul sorang ni.
“Ala…Tengku. Rileklah…”
“Shut
up. Just take me to Pavilion.” Tajam Tengku Hariz memandang Zul.
“Yelah, Tengku oi.” Balas Zul.
“Tengku, nak tanya sikit boleh.” Zul bersuara
setelah agak lama mereka berdiam diri.
“Tanya apa?” jawab Tengku Hariz, malas. Sejak
dari tadi dia hanya memandang telefon bimbitnya menanti panggilan dari Zura.
“Tadi saya tunggu Tengku, saya nampak Tengku
keluar lif dengan sorang perempuan ni. Cantik perempuan tu. Saya rasa perempuan
tu lagi cantik daripada awek bos tu. Sumpah bos.”
“Just
straight to the point, Zul.” tegas suara Tengku Hariz mengarah.
“Hmm…Soalan saya, bos kenal tak perempuan
tu?” soal Zul.
“Kenapa?” soalan dibalas dengan soalan.
“Kalau bos kenal perempuan tu, kenalkanlah
dekat saya. Mana tahu kalau kitorang kenal, dia boleh jatuh cinta dengan muka
yang handsome ni.”
“Kau handsome?
Hmm… bolehlah.”
Memang tak dapat dinafikan lagi. Zul memang
kacak pada pandangan Tengku Hariz. Tapi kalau nak dibandingkan Zul dengan
Tengku Hariz, Tengku Hariz lima kali lagi kacak. Zul mempunyai kulit sawo
matang, mata yang tidak terlalu besar dan dua ulas bibir yang nipis. Apabila
dia senyum, memang cair sesiapa yang melihatnya. Tapi tidak pada Tengku Hariz.
Patut ke aku jawab aku kenal siapa perempuan
tu? Tak mustahil kalau Aryana boleh jatuh cinta dengan Zul. Tapi satu yang
menggangu fikiran aku. Kenapa Aryana macam tak kenal aku? Dia hilang ingatan
ke?
“Hariz Naim? Jauh termenung.”
“Oh. Mana ada aku termenung. Lambat lagi ke
nak sampai?” suara Zul menghentikan lamunan Tengku Hariz.
“Kesesakan lalu lintas, bos. Tengku tak jawab
soalan saya lagi.”
“Oh. Aku tak kenal dia.” Jawab Tengku Hariz
seraya mencampakkan pandangan ke luar tingkap.
Zul melepaskan keluhan kecil. Hampanya hati
ini.
Tengku Hariz masih lagi berfikir tentang
Aryana. Siapa nama kawan baik dia tu? Liya? Aku mesti tanya Liya apa yang telah
terjadi pada Aryana.
Dia terus mencari nombor telefon Liya di
dalam senarai kenalannya. Nasib baik dia simpan lagi nombor Liya. Terus dia
menekan punat hijau.
“Assalamualaikum.” sapa Tengku Hariz.
“Waalaikummussalam. Who is this?” balas Liya.
“It’s
me, Hariz. Do you remember me?”
Tengku Hariz bertanya.
“Oh. What
do you want from me?” suara Liya kedengaran tegas.
“I need
to ask you… about something.”
“What?”
“Kenapa Aryana macam tak kenal aku?”
Lama Liya berdiam diri. Semasa Liya tidak
menjawab soalan daripada Tengku Hariz, kedengaran suara seseorang di sebelah
Liya. Tengku Hariz hanya mendengar.
“Siapa tu?”
“Shhh! Aku nak pergi sana sekejap. Korang
duduk sini tau.”
“Liya,
answer my question.” suara Tengku Hariz naik satu oktah.
“Bila kau jumpa dia ni?” Liya menjawab
setelah agak jauh daripada Aryana dan Haiqal.
“Answer
my question first. What happened to Aryana? Mana dia pergi?” tegas suara
Tengku Hariz bertanya.
“Nothing.”
Jawapan daripada Liya tidak memuaskan hati seorang Tengku Hariz.
“Tolonglah bagitahu aku, Liya…Mana Airis dah
pergi? Kau kan BFF dia…” rayu Tengku Hariz. Dia buat tak tahu sahaja pada Zul
yang sedang memerhati.
“Sorry,
Hariz. Aku tak boleh bagitahu kau.”
“Please,
Liya. I need to know. Jangan seksa aku macam ni, Liya…” Tengku Hariz merayu
lagi.
Kesian pula Liya akan nasib Tengku Hariz.
Perlu ke aku bagitahu dia?
“Liya?”
“Kau still
sayangkan dia ke?”
“I love
her so much.” jawab Tengku Hariz, jujur.
“Okay. Nanti jumpa aku dekat Pavilion. Aku
tunggu kau dekat Chatime.”
“Kebetulan memang aku nak pergi Pavilion. See you at Chatime.”
“Okay.
One more thing you need to know. Nanti aku datang dengan my future husband…”
“Your
future husband? I didn’t know about that. You’ll getting married soon, right? Congratulation!” Tengku Hariz mengucapkan tahniah kepada Liya.
“Thank
you. Bukan dengan my future husband
aje, Aryana pun ada sekali. So, aku
nak kau jangan jumpa or terserempak
dengan dia. Aku tak nak dia tahu yang aku kenal kau. Make sure nanti tak ada apa-apa buruk yang berlaku. Faham?” terang
Liya.
“InsyaAllah. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Selepas menamatkan
perbualan dengan Liya, Tengku Hariz bersandar semula pada kerusi kereta. Otaknya
mencerna semula kata-kata yang diluahkan oleh Liya sebentar tadi. Macam ada
sesuatu yang buruk telah terjadi pada Aryana, bisik hatinya.
hazirah xoxo