homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
The Unexpected Love (bab 6 part 2)
Assalamualaikum. Update lagiiiii...hehe..ingat nak habiskan cerita ni cepat sebab nak buat a new story.okay guys. enjoy this part 2 ;)

hazirah xx

Bab 6 (part 2)

SELEPAS mesyuarat yang membincangkan tentang projek yang akan dikendalikan Aryana dan papanya, Dato’ Amin Shah, Aryana bergegas keluar dari bilik mesyuarat. Sibuk dia mengemas mejanya.

  “Kak, boleh Comel masuk?” Comel meminta izin selepas mengetuk pintu bilik Aryana.

  “Oh, boleh.” Aryana menghadiahi Comel dengan sebuah senyuman terukir di bibir.

  “Akak tak bagitahu Comel pun yang mamat handsome tu ada dekat sini.”  Comel memulakan perbualannya.

  Berkerut dahi Aryana. Mamat handsome?

  “What do you mean?” soal Aryana. Tangannya yang dari tadi sibuk mengemas fail-fail yang bersepah di atas meja terus terhenti.

  “Ala, kak. Mamat handsome yang Comel jumpa dekat café tadi ada dekat sinilah.”

  Mamat handsome ada dekat sini?

  “Who?” Aryana bertanya.

  “Yang…hah! Tu dia!” Comel menunding jari pada seorang lelaki yang baru keluar dari bilik mesyuarat.
  Aryana memandang pada tempat yang diajukan. Membulat matanya tatkala memandang lelaki itu.

(just imagine your Hariz in suit)

  “Are you kidding me?” terpacul ayat yang tidak sepatutnya disebut. Cepat-cepat dia menekup mulutnya dengan tangannya.

  “Sorry?

  “Nothing. Saya kenal lelaki tu.” Jawab Aryana seraya mencapai beg tangannya.

  “You what?” Comel bertanya, teruja.

  “I said I knew that guy. Syarikat kita bekerjasama dengan syarikat lelaki tu, N’s Construction dan Food Kualia Ltd.” Jelas Aryana. Dia bergegas keluar dari biliknya.

  “Really?! Siapa nama dia, kak?” Comel mengekori Aryana.

  Naik rimas pula Aryana dengan Comel ni.

  “His name is Tengku Hariz Naim and can you stop following me, Comel? Saya nak cepat ni.” Aryana menghentikan langkahnya dihadapan pintu lif.

  “Tengku??? Wow. Akak, Comel suka dialah.” Sekali lagi mata Aryana terbuntang selepas mendengar kenyataan yang diluahkan Comel.

  “Kau suka dia? Kau jangan main gila dengan dia, Comel. Dia tu sombong, bongkak, berlagak!” Aryana mengibas-ngibaskan tangannya tanda protes.

  “Betul ke? Hmm…Okaylah, kak. Comel dah tak suka dia dah.” Comel menunduk memandang lantai.

  “Bagus. Comel kena dengar cakap akak. Lelaki zaman sekarang tak boleh percaya sangat. Okaylah. Akak nak pergi dah ni. Assalamualaikum. Bye!” Aryana melambaikan tangannya kepada Comel selepas membolosi pintu lif.

  “Wait!!!” Tengku Hariz berlari menuju ke pintu lif.

  Cepat-cepat Aryana menekan punat buka.

  “Thanks, Aryana.” Tengku Hariz tersenyum pada Aryana.

  Aryana hanya mengangguk. Nasib baik Comel dah pergi.

  Selepas pintu lif terbuka, Aryana bergegas keluar dari lif. Dia mendail nombor Liya seraya melangkah ke tempat parkir.

  “Hello, Liya. Kau dekat mana sekarang?”

  “Hello. Aku dekat kedai mamak depan rumah aku dengan Haiqal.” Balas Liya.

  “You with who??? Haiqal?” terus terhenti langkah Aryana.

  “Yes. Why? Apasal suara kau gelabah semacam ni?”

  “Kalau Haiqal dah ada dengan kau sekarang ni, kenapa kau tak pergi dengan dia aje? Perlu ke kau suruh aku ikut sekali?” suara Aryana naik satu oktah. Bergema tempat parkir dengan suara Aryana. Minah ni betullah!

  “Chill, beb. Yang kau ni marah-marah kenapa? Datang bulan?” Liya bertanya pada Aryana.

  “Sorry. Aku pening sikit.” Suara Aryana kedengaran tenang. You need to calm down, Aryana. Hatinya memujuk.

  “Okay. Aku ajak kau sebab umi aku busy, abah aku pulak ada meeting.” Jelas Liya.

  “Adik kau?”

  “Mimpi ajelah adik aku nak temankan aku. Kitorang tak ada ikatan yang sah lagi. Tak manis berdua-duaan. Lagipun, kau boleh tolong aku pilih cincin yang cantik kalau kau ada dengan kitorang. Taste kau kan tinggi.”

  “Hmm…Yelah. Aku on the way ni. Apa-apa nanti aku call kau. Bye.”

  “Okay. Bye.

  Aryana meneruskan langkahnya menuju ke keretanya.

  Satu mesej masuk.

 You look so sexy in that red blazer. I like it. – Encik Tanpa Nama



  Amboi. Mana dia tahu aku pakai red blazer hari ni?

  Kepalanya terjenguk-jenguk mencari kelibat Encik Tanpa Nama. Tak ada sesiapa pun di tempat parkir.

  “Nama Encik Tanpa Nama tak sesuai dengan kau.” Geram sungguh Aryana dengan mamat stalker ni.

  “Now aku dah tukar nama kau kepada Stalker. Gatal.” Dihempas kuat pintu selepas dia masuk ke dalam perut kereta.

  Keretanya meluncur laju keluar dari bangunan AS’s Compony. Selepas memasuki lebuh raya NPE, telefonnya berbunyi. Whatsapp dari Daniel.

 Hey, beautiful girl. Next week I balik Malaysia! I miss my home country so badly…and I miss you too, Aryana…Wait for me!!! – Daniel

  Daniel balik Malaysia minggu depan? Oh gosh!

  Aryana mengukir senyuman bahagia. Sebahagia beruang kutub menanti kemunculan sang mentari. Dia memasang radio dengan kuat apabila lagu kegemarannya, All Night nyanyian artis US baharu, Icona Pop berputar di radio.

We always dreamed about this better life, this better life
We always felt it coming all along, yeah all along
We've got the keys to open paradise, yeah paradise
Now let's go walking hand in hand

Come on baby we can hit the lights
Make the wrongs turn right
We can smash the club, make the pop go rock
With a love this deep, we don't need no sleep
And it feels like we could do this all night
We could do this all night
Yeah everything is alright

We've got the keys to open paradise, yeah paradise
It feels like... we could do this all night

  Dia turut menanyikan lagu tersebut. Entah kenapa hati gembira sangat selepas Daniel bagitahu yang dia akan balik Malaysia.


  Yeah! Daniel balik Malaysia. Hatinya melonjak gembira. Mana tak gembiranya kawan baik yang dirindui akan balik ke Malaysia tak lama lagi. Sepanjang dalam perjalanan ke rumah Liya, Aryana asyik tersenyum. Sesekali dia turut menyanyi lagu yang berputar di radio.

hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Thursday, 12 December 2013 @ 04:44
back | all rights reserved desiree 2012 | forth