Hi / Assalamualaikum wbt
I just came back from Pesta Buku at PWTC. I had so much fun today with my lovely old friends. Kitorang shopping novel and buku rujukan hari. And comics too. 15 Dec ni Kak Evelyn Rose datang sana!!!! Arghhh! Nak autograph!!! hehe...ter'over' pulak. Anyway, enjoy this chapter 6 part 1. :D
hazirah xx
Bab 6 (part 1)
“Jangan lupa tau, babe.” Liya mengingatkan Aryana.
“Lupa apa?”
“Tengok. Belum apa-apa kau dah lupa.” Bebel
Liya.
“Serius weh aku lupa.” Aryana meyakinkan
Liya.
“Ish. Petang nanti temankan aku pergi beli
cincin kahwin.”
“Aik? Bukan lagi enam hari kau nak tunang ke?
Apasal beli cincin kahwin pula?” soal Aryana pelik. Sepatutnya belilah cincin
tunang dulu, baru cincin kahwin.
“Cincin tunang dah ada. Cincin kahwin tak ada
lagi. Kitorang akad nikah selepas bertunang.”
“Maksud kau?”
“Maksud aku, majlis akad nikah dan bertunang
kitorang buat pada hari yang sama.” Terang Liya. Sabarkan sahaja hati ini
dengan sahabat yang blur ni.
“Oh. InsyaAllah pukul 3.30 petang nanti aku
datang rumah kau. Okaylah, Liya. Aku busy
sekarang ni. Jumpa petang nanti. Assalamualaikum.”
Selepas Liya menjawab salam, Aryana bergegas
bangun dari kerusinya. Dia berlari-lari anak menuju ke tempat mesin fotokopi.
Sekejap lagi ada meeting dengan N’s
Construction.
“Eh, Kak Aryana. Kenapa gelabah semacam ni?”
sapa Rose. Rose atau panggilan mesranya, Comel mendekati Aryana.
“Nak photostat
benda yang patut untuk meeting nanti.”
Balas Aryana seraya mengukirkan senyuman manis di bibir.
“Kak Aryana ni cantiklah. Comel jealous dengan akak. Kak Aryana kurus,
Comel gemuk.” Comel memuncungkan mulutnya. Panjangnya muncung.
Comel muda dua tahun dari Aryana. Comel yang
berbadan gempal tampak comel di mata Aryana. Comel bukanlah gemuk, cuma berisi
sedikit kalau nak dibandingkan dengan Aryana.
“Terima kasih, Comel. Comel bukan gemuk.
Comel chubby. Akak jealous dengan Comel sebab Comel cute, kulit putih, pandai bergaya.” Puji
Aryana, ikhlas.
(Rose aka Comel)
“Thanks,
akak. Kak Aryana, tadi Comel pergi café
dekat bawah. Guess what?” bisik
Comel.
Dah kenapa berbisik-bisik pula ni?
“What?”
soal Aryana
“Comel nampak a handsome guy tengah minum dekat café, alone. Serius, kak. Handsome!”
Comel menepuk kuat mesin fotokopi membuatkan dia dan Comel menjadi tumpuan
ramai.
“Err… sorry.”
Aryana memohon maaf kepada semua yang memandang kerana membuat bising.
“Perlahan sikit suara tu.” Aryana menegur
Comel. Dia yang buat bising, aku pula yang kena.
“Sorry,
kak. Comel ada kerja nak dibuat ni. Nanti-nantilah kita borak, kak. Bye.” Comel berlalu pergi meninggalkan
Aryana yang sedang sibuk.
hazirah xoxo