Hi. Honestly i'm getting so excited for the climax and the ending. That's why saya update cepat-cepat. hehe...
Bab 5
Aku berdiri memandang
sebuah pokok yang boleh tahan tingginya. Terdapat sebuah rumah pokok yang
kelihatan usang di atas pokok itu. Aku melihat sekeliling. Yang ada hanya
pokok-pokok yang besar dan tinggi. Cendawan gergasi pun ada.
‘Aku dekat mana ni?’
Kabus yang tebal meyukarkan pandangan aku
untuk terus berjalan. Aku menunduk memandang lantai bumi. Rumput. Sangka ku di
hutan. Apa yang aku buat dekat dalam hutan ni? Kenapa kasut aku macam kasut
lama? Aku teliti pada pakaian ku.
Tekejut?
Ya.
Membuntang mata aku setelah melihat pakaian
aku. Rasa mahu menjerit pun ada. Kenapa seksi sangat baju ni? Eh sekejap. Baju
ni macam dalam filem Alice in Wonderland aje.
Gaun yang dipakai Alice selepas dia terjatuh ke dalam lubang. Dalam kepala
macam-macam yang aku fikirkan. Adakah aku memegang watak Alice?
Tiba-tiba, aku terasa bumi seperti bergegar.
Gempa bumi ke? Dup dap! Jantung aku berdegup laju. Tetapi sangkaan ku meleset
selepas mendegar ngauman gergasi. Aku hanya mampu terpaku di situ selepas
seekor harimau putih muncul di hadapan aku. Cuma saiznya lebih besar dari
harimau biasa. Harimau itu mengaum lagi di hadapan muka aku dan memaksa aku untuk berlari.
“Tolong!!!” aku menjerit meminta tolong
walaupun aku tahu tiada sesiapa yang mendengar jeritan aku.
Kaki terus melangkah meninggalkan harimau
gergasi itu di belakang. Aku menoleh ke belakang. Harimau itu semakin hampir
dengan aku. Aku menambah kelajuan pada larianku.
“Mama!!! Papa!!!” mulut menyeru nama kedua
ibu bapaku. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku sekarang.
“Hai, sayang. You look so sexy in that dress.” Sapa satu suara yang aku kenali. Tengku
Hariz? Aku menoleh ke sebelah kiriku. Seekor kucing sedang terapung di udara
tersenyum nakal kepada ku. Kucing rupanya.
“Sorry!
I’m busy right now!” aku endahkan kucing pelik itu. Aku hanya menumpukan
pada larian aku.
“Yeah.
I know. The tiger has gone. So, just chill okay.” Balas kucing itu.
Aku menoleh kebelakang sebelum menghentikan
larian aku. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Aku menoleh ke sebelah kiri aku.
Mana pergi kucing tu?
“Aryana.” Sapa suara itu lagi.
Aku menoleh ke kanan aku. Terbeliak mata aku
memandang kucing itu. Dunia apa ni? Badan kucing tetapi kepala…Tengku Hariz!
Rasa mahu ketawa pun ada. Aku sedar yang ini semua hanya mimpi. Aku ketawa
perlahan sambil menutup muka.
“Yana.” Tengku Hariz di hadapan aku? Kenapa
dia panggil aku Yana? Perlahan-lahan aku meurunkan tangan aku memandang dia.
“Arghhhh!!!” terkejut bukan kepalang aku
apabila melihat Tengku Hariz sudah menjadi The
real Tengku Hariz. Bukan kucing lagi. Dia memegang kedua-dua bahu aku dan
menyeru nama aku.
“Yana, bangun. Yana.” Kenapa suara perempuan?
Perlahan-lahan aku membuka kedua kelopak
mata. Mata terasa berat sangat.
“Yana!”
“Argh!”
“Kenapa Yana tidur ni? Mandi pun belum. Cepat
bangun!” suara mama.
Perlahan-lahan Aryana bangun. Melihat jam
yang tergantung didinding. Jarum jam menunjukkan pukul 7.05 malam.
“Hmm. Ma, berapa lama Yana tertidur?” soal
Aryana kepada Puan Hafizah.
“Hmm…rasa-rasanya dalam dua puluh minit. Yana
bangun pergi mandi. Sekejap lagi nak maghrib” Puan Hafizah mengurut lembut bahu
anaknya itu.
Aryana yang masih mamai itu hanya mengangguk.
Dia berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya yang terasa
melekit.
SELEPAS
mengerjakan
solat maghrib, Aryana terus turun ke bawah untuk menjamu selera dengan mama dan
Mak Nab. Kak Syah mengambil cuti selama dua minggu. Katanya maknya sakit
dikampung. Jadi semua kerja rumah Mak Nab yang buat. Kasihan pula melihat Mak
Nab yang sudah berumur lima puluh empat tahun itu membuat semua kerja rumah.
Bagi meringankan beban yang ditanggung Mak Nab, Aryana dan mamanya membantu
sedikit-sedikit.
Aryana sudah menganggap Mak Nab seperti nenek
kandungnya sendiri. Semasa dia berusia lima tahun, dia sudah mengenal siapa Mak
Nab. Waktu itu arwah mamanya sihat walafiat. Rindunya pada arwah mama. Aryana
melepaskan keluhan kecil. Hatinya sebak apabila terkenangkan arwah mamanya yang
disayangi.
“Yana, kenapa berdiri dekat tangga tu? Mari
duduk sini.” Puan Hafizah mengejutkan Aryana daripada lamunannya. Dia pun tidak
sedar bila masa dia berdiri tegak di tangga rumah.
“Terberangan pula, mama.” Aryana mengambil
tempat di hadapan mamanya. Mak Nab pula sedang sibuk di dapur.
“Ada pula ‘terberangan’. Eh, Mak Nab! Marilah
makan sekali.” Laung Puan Hafizah pada Mak Nab di dapur. Tidak lama kemudian,
Mak Nab datang bersama sedulang buah tembikai yang sudah dipotong di tangan.
Mak Nab mengambil tempat di sebelah Aryana.
Selepas makan malam, Aryana terus naik ke
biliknya. Masih ada kerja yang tidak diselesaikan lagi. Baru sahaja dia
melabuhkan punggungnya pada kerusi, telefonnya berbunyi.
“Siapa pula yang mesej aku ni?” Aryana
membuka mesej yang diterima dari nombor yang tidak dikenali.
How’s
your day, Aryana? Good? - +0123456789
Aryana membalas mesej tersebut.
Who are you?
How did you get this number?
Selepas dua minit, orang itu membalas mesej
Aryana.
Tak
penting untuk awak tahu. Answer my question, Aryana. J
- +0123456789
Good. Who are you? Awak perempuan ke lelaki?
Oh, baguslah kalau macam tu. Kalau awak nak tahu
siapa saya, simpan nombor ni. I’m a guy.
Lambat-laun awak akan tahu siapa saya,
Aryana. - +0123456789
Berkerut dahi Aryana selepas membaca mesej
itu. Lelaki? Siapa? Mana mamat ni dapat nombor aku?
Tanpa berfikir panjang, Aryana terus
menyimpan nombor itu sebagai Encik Tanpa Nama.
Saya dah
simpan. Okay. I’m busy right now. Bye.
You’re such a busy girl, Aryana. Bye, sayang~
<3 - Encik Tanpa Nama
Amboi. Selamba badak dia aje panggil aku sayang. Bengkak hati Aryana menahan marah.
Selepas tiga puluh minit, telefonnya berbunyi
lagi. Siapa pula yang whatsapp aku ni? Kacau aku nak buat kerjalah.
Hey,
Aryana! I miss you. How are you? - +447781470659
Lagi sekali? Orang mana pula kali ni? Aryana
meneliti pada nombor tersebut. +44? Wow.
Orang UK mana pula ni?
Jari pantas membalas mesej tersebut.
Hey. I’m
fine, thank you. Btw, who are you?
Who am
I? Really, Aryana? I’m Daniel. You’re friend from UK. Dude! - +447781470659
Bercantum kening Aryana. Daniel? Oh! Macam
mana aku boleh lupa kawan aku masa masuk U? Aryana menepuk dahinya.
Oh!
Daniel! I’m sorry. I forgot. Anyway, how are you? Lama tak dengar cerita. J
Haha. I’m fine. You pun apa kurangnya. Lepas
balik Malaysia, langsung tak contact I. Nak merajuklah macam ni L
- Daniel
Laju jari Aryana membalas whatsapp dari
Daniel.
Merajuklah.
Nanti I suruh Grace pujuk you.
Daniel merupakan kawan baik Aryana semasa
menuntut di UK dahulu. Dia mengambil bidang bussines.
Manakala Daniel mengambil bidang engineering and technology. Liya dan
Grace pula mengambil bidang fotografi.
Dia dan Liya berkongsi apartment yang
berdekatan dengan universiti mereka, University of Surrey di Bandar Guildford.
Semasa menjejakkan kaki ke sana, dia berasa seakan-akan seorang jutawan yang
mempunyai rumah agam yang sangat besar. Memang di Surrey banyak rumah agam
bersepah. Aryana dan Liya hanya menetap di sebuah apartment tiga tingkat berkos
rendah. Daniel hidup senang sebab dia memang menetap di Bandar Oxshott, Surrey,
England.
Ya, dia memang anak orang kaya. Kacukan
Melayu-Korea. Maknya Melayu kacukan Korea manakala bapanya pula Korea tulen.
Menurut apa yang diceritakan Daniel, bapanya seorang bussines man yang biasa-biasa sahaja dengan memulakan perniagaan di
sebuah kampung di Korea. Dengan hanya bercucuk tanam dan menternak kambing
biri-biri, bapanya boleh menjadi seorang jutawan yang berjaya. Perniagaannya
diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa dan telah menarik minat seorang
Syeikh, jutawan Arab untuk berkerjasama dengan syarikatnya.
Satu mesej masuk.
Such a
best day ever for me, Aryana!!! Haiqal is so sweet. <3 Weh, minggu depan aku
bertunang~ Datang tau! – Liya
Merekah senyuman dibibir selepas membaca
mesej dari Liya. Minggu depan bertunang? Cepatnya!
What?
Next week you’re going to be engaged???
Cepatnya! Kau baru 25 tahun, beb!
Too
soon? No! I think it’s too late for me, Aryana. Kan bagus kahwin muda. Hehe… -
Liya
Okay. Congratulation, my friend!!! I’m so
happy!
Thanks, bestie. Terharu aku. :’) Nanti kau
jadi pengapit aku tau bila aku kahwin nanti. – Liya
InsyaAllah, Liya J
Tahniah sekali lagi.
“Yana! Papa dah balik.” Kedengaran suara
Dato’ Amin di luar bilik.
Papa dah balik? Aryana
melihat sekilas jam yang tergantung di dinding bilik. Pukul 10 malam. Wow.
Boleh tahan lambat papa balik hari ni.
“Ya, papa. Sekejap!” Aryana melaung dari
dalam bilik.
Okay. I
gotta go now, Aryana. Bye assalamualaikum. Kirim salam dekat seisi rumah kau
tau. Muahhhsss - Liya
Bye waalaikummussalam. I will. Muahsss too :*
Tak salah rasanya ber’muah-muah’ dengan
sahabat sendiri. Lagi pula perempuan, tak ada siapa kesah pasal tu.
Selepas menyisir dan mengikat rambut gaya
ekor kuda, Aryana keluar daripada biliknya. Kelihatan sekujur tubuh sedang
berbaring kepenatan di atas sofa di ruang tamu. Kesian, papa.
“Papa baru balik ke?” soal Aryana seraya
melabuhkan punggung di atas lantai menghadap papanya. Tali leher masih
tergantung di leher tetapi sudah
dilonggarkan. Butang atas kemeja terbuka. Nampak gaya macam baru balik aje, telah hati Aryana.
“Ya…” lambat-lambat Dato’ Amin membalas.
“Papa naik atas, mandi. Lepas tu, papa solat
isya’. Then, go to bed. You look so
tired, papa.” Aryana mengurut lembut telapak tangan dan jari-jemari papa
kesayangannya.
“Hmm… Yalah. Esok kita bincang pasal projek
kita dan N’s Construction.” Dato’ Amin bangun lalu mencapai briefcase dan kotnya di atas meja kopi.
Sempat lagi dia mengusap kepala Aryana dan berlalu menuju ke bilik tidurnya.
Pasti isterinya sudah tidur sekarang.
Aryana memandang papanya dengan pandangan
yang berat dan sayu. Aryana segera bangun menuju ke dapur untuk membasahkan
tekak yang terasa kering.
hazirah xoxo