Hi / Assalamualaikum wbt
Pendeknya bab-bab tu semua. Lebih baik pendek dari tak ada langsung kan. Okay.
Bab 4
Aryana memandu dengan
tenang menuju ke pejabatnya. Selepas berbincang mengenai projek syarikat
mereka, Aryana meminta keizinan untuk balik. Tetapi Tengku Hariz sengaja
menghalangnya. Sakit kepala Aryana menjawab soalan merepek Tengku Hariz.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Aryana segera
mengangkat panggilan tersebut setelah melihat nama yang terpapar diskrin.
“Hello, papa.” jawab Aryana.
“Assalamualaikum, Yana.” balas Dato’Amin.
“Waalaikummussalam. Papa nak apa ni? Yana
tengah drive ni.” Aryana membalas.
“Yana drive nak pergi mana ni?”
“Pergi officelah, papa. Yana baru
lepas jumpa client tadi.” jelas Aryana.
“Client? Siapa?” soal Dato’ Amin.
“Beliau berketurunan kerabat diraja. Tengku
Hariz Naim bin Tengku Mohd Nazi namanya.” sengaja ditekankan perkataan Tengku
itu. Malas dia hendak ingat nama Tengku sombong itu.
“Oh. Macam mana Yana berbincang dengan dia
tadi? Dia setuju tak dengan projek tu?” Dato’ Amin tertarik mendengar nama yang
disebut Aryana tadi.
“Dia setuju, papa. Dia kata projek ni sesuai
dengan syarikat dia. That’s why
he agreed to collaborate with our compony, papa.” jelas Aryana sambil
tersenyum. Untung besarlah syarikat papanya nanti.
Selepas tamat pengajian di UK dahulu, Aryana
bersetuju untuk bekerja di syarikat papanya. Tidak salah pun bekerja di
syarikat papa sendiri. Dia yang berusia 25 tahun itu, berasa selesa bekerja dengan
papa sendiri. Lebih senang dan menambah pengalaman dalam bidang perniagaan.
“Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu.
Yana, kamu tak payah datang office. Balik rumah aje terus.”
“Kenapa, papa?” pelik Aryana.
“Papa nak kamu rehat. Lagipun, waktu kerja
dah nak habis ni. Rugi aje kamu
datang. Better kamu balik rumah aje. Malam nanti, we’ll talk about
that project. Cakap dekat mama kamu yang papa balik lambat sikit, ada hal.
Pesan dekat mama yang papa rindu mama. Hehe…”
“Alright, boss!” jawab Aryana.
Romantik habis papa dengan mamanya.
Selepas menamatkan perbualan dengan papanya,
Aryana menukar arah tujunya. Dia memberi isyarat untuk ke laluan menuju ke Shah
Alam.
Piiinnnn!!!
Sakit telinga Aryana mendengar bunyi hon
kereta yang datang entah dari mana. Aryana memberhentikan keretanya di laluan
kecemasan. Begitu juga dengan pemandu kereta mewah itu.
Aryana hanya membuat muka selamba. Dia tidak
takut kerana dia tahu dia tidak salah. Bak kata pepatah, berani kerana benar,
takut kerana salah.
Pintu kereta mewah itu dibuka. Muncul seorang
lelaki yang segak keluar dari perut kereta itu. Jelas terpancar riak marah di
wajah lelaki itu. Aryana hanya melihat lelaki itu dari dalam keretanya. Malas
dia hendak keluar.
Lelaki itu menghempas kuat pintu kereta BMW
5seriesnya. Dia melangkah laju menuju ke arah kereta Aryana. Bengisnya muka.
Nasib baik handsome. Macam
kenal aje dia ni? Siapa eh?, bisik hati kecil Aryana. Lelaki itu memakai cermin
mata hitam jenama Ray Ban menyebabkan Aryana sukar mengecam muka lelaki itu.
“Hello, miss.” lelaki itu menegur
Aryana selepas mengetuk tingkap kereta Swift milik Aryana.
Aryana hanya tersenyum. Aryana menggenggam
kuat steering lock di tangan kirinya. Untuk keselamatan diri sendiri.
Orang zaman sekarang mana boleh percaya sangat. Mana tahu dia rompak aku nanti.
Nasib kau kalau kau macam-macam dengan aku, bisik hatinya.
“Buka tingkap ni.” arah lelaki itu, tegas.
Aryana hanya mengikut arahan lelaki yang
tidak dikenalinya itu. Selepas menurunkan cermin tingkap keretanya, Aryana
sekali lagi tersenyum memandang lelaki itu.
“Yang kau tersenyum-senyum ni kenapa? Nak
kena tumbuk?”, soal lelaki itu, kasar.
Aryana tidak percaya mamat kacak yang berada
di hadapannya ini begitu kurang sopan terhadap dirinya. Langsung tiada rasa
hormat terhadap wanita. Aryana hanya menggigit bibir menahan marah. Kau cabar
aku ke, wahai lelaki? Aku ini memang pantang dicabar, getus hati Aryana.
“Senyum itu sedekah. Kalau encik berani nak
tumbuk wanita, cubalah.” Aryana hanya menjawab selamba sambil menyuakan pipinya
untuk ditumbuk.
“Kau cabar aku kan? Aku tak pukul perempuan.
Nasib baik kau perempuan, kalau tak dah lama aku belasah kau sampai mati.”
mendidih hati lelaki itu mendengar jawapan Aryana. Dia membuka cermin mata
hitamnya sambil membetulkan rambutnya yang mulai serabut.
Terlopong mulut Aryana setelah melihat wajah
lelaki itu. Tengku Sombong? Alamak! Apa aku nak buat ni?
“Kau hampir langgar kereta kesayangan aku,
Cik Aryana. Kau ni ada lesen ke tak? Dah tahu nak tukar laluan tu, tengoklah
ada kereta dekat belakang ke tak. Ini tak, main masuk aje. Nasib baik aku atau kereta aku tu tak mati.”, bebel Tengku
Hariz.
“Maafkan saya, Tengku Sombong. Ah! Maksud
saya, Tengku Hariz. Tapi salah Tengku juga sebab saya dah bagi signal
nak tukar laluan. Kenapa Tengku bawa kereta BMW Tengku tu laju-laju? Sedangkan
had laju yang dibenarkan hanya 60 km/j. Saya
tengok Tengku bawa macam dah lebih 60 ni. So, don’t you put the blam
on me.”, jelas Aryana panjang lebar, cuba mempertahankan diri.
Terkejut Tengku Hariz mendengar kata-kata
Aryana. Kurang ajar punya perempuan! Ada ke patut dia panggil aku dengan
gelaran ‘Tengku Sombong’?
“Pleaselah. It’s your fault,
Miss Aryana. Sedar diri tu sikit. Kau yang salah kenapa kau nak salahkan
aku pula? Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Anytime aku boleh
batalkan projek syarikat kau tu. Ingat.” balas Tengku Hariz berbaur ugutan.
“Okay. I’m so sorry, Tengku Hariz Naim
bin Tengku Mohd Nazi. It’s my fault and it’s not your fault.” malas Aryana
hendak bertikam lidah dengan Tengku seorang ini.
“Ha! Tahu pun! Dahlah. Malas aku nak layan
perempuan macam kau ni. Kirim salam dekat papa kau.” balas Tengku Hariz sambil
berjalan menuju ke arah keretanya.
Setelah kelibat Tengku Hariz hilang dari
pandangan, Aryana mendengus kasar. Berlagak!, bisik hati kecilnya. Aryana
memecut laju di atas jalan raya yang mulai sibuk dengan kenderaan yang baru pulang
dari tempat kerja. Dalam hati Aryana berharap agar dia tidak berjumpa dengan Si
Tengku Sombong itu. Kalau dia ditakdirkan berjumpa dengan Tengku Hariz lagi,
akan dicekik-cekik leher Tengku Sombong itu.
MAK
Nab
sedang sibuk menyediakan makan malam untuk Dato’ Amin sekeluarga. Manakala Puan
Hafizah sedang sibuk di taman belakang rumah, menyiram pokok bunga
kesayangannya. Hanya apabila dia berada dirumah sahaja dia yang akan mengambil
alih tugas Mak Nab menjaga tanamannya itu. Sayang betul Puan Hafizah akan pokok
bunganya itu.
Selepas selesai kerja diluar, Puan Hafizah
masuk ke dalam rumah membantu Mak Nab apa yang patut. Sudah banyak kali Mak Nab
berpesan kepada Puan Hafizah yang semua kerja di dapur adalah dibawah
tanggungjawabnya. Tetapi Puan Hafizah masih berdegil mahu membantu Mak Nab.
“Puan, tak apalah. Ini semua kerja saya. Puan
rehatlah dulu sementara menunggu hidangan makan malam ni siap” suara Mak Nab.
“Tak apalah, Mak Nab. Saya kesian tengok Mak
Nab buat sorang-sorang semua kerja kat dalam rumah ni. Mak Nab dah tua,
sepatutnya Mak Nab yang rehat” Puan Hafizah mencapai pinggan mangkuk yang sudah
siap dicuci oleh Mak Nab. Dia mencapai kain pencuci yang digantung berdekatan
dengan tingkap dapur lalu mengelap kesemua pinggan mangkuk tersebut.
Mak Nab hanya menggelengkan kepala melihat
sikap keras kepala Puan Hafizah. Mak Nab sudah berkhidmat kepada keluarga Dato’
Amin selama hampir dua puluh tahun. Puan Hafizah merupakan isteri kedua Dato’Amin.
Selepas lima tahun pemergian arwah isterinya yang pertama, Dato’ Amin mengambil
keputusan untuk memperisterikan setiausahanya, Puan Hafizah. Aryana pula
menerima cadangan ayahnya itu dengan hati yang terbuka. Kalau dikira-kira balik
jarak umur Puan Hafizah dengan Dato’ Amin tak adalah jauh sangat. Puan Hafizah
berumur 38 tahun, manakala Dato’ Hussein pula berumur 42 tahun. Aryana pula
berumur 25 tahun sekarang.
“Jauh termenung” suara Puan Hafizah
mengejutkan Mak Nab.
“Haha…Puan, hidangan untuk makan malam dah
siap.”
“Ha. Eloklah kalau macam tu. Yana dengan
papanya pun dah nak balik dah ni. Mari saya tolong Mak Nab” Puan Hafizah segera
mengangkat hidangan makan malam ke meja makan. Mak Nab hanya tersenyum
memandang Puan Hafizah.
Bunyi enjin kereta di luar mengejutkan
seluruh isi rumah. Puan Hafizah sudah kalut semacam. Cepat-cepat dia menyusun
hidangan di atas meja makan dengan kemas. Encik suami dah balik, bisik hatinya.
Apabila pintu rumah dibuka, terjengol kepala
Aryana. Puan Hafizah mendengus perlahan. Buat suspen ajelah.
“Assalamualaikum…” perlahan-lahan Aryana
melangkah masuk ke dalam rumah.
“Waalaikummussalam…” serentak Mak Nab dan
Puan Hafizah menjawab.
“Hai, Yana. Awal balik. Papa kamu mana?
Selalunya balik sama-sama.” soal Puan Hafizah kepada Aryana setelah bersalaman
dengan anak tirinya itu. Walaupun anak tiri, tetapi dia sudah anggap Aryana
seperti anak kandungnya sendiri.
“Papa kata dia balik lambat sikit, ada hal.
Ha! Papa ada pesan juga…” sengaja Aryana tidak menghabiskan ayatnya itu.
“Pesan apa?” Puan Hafizah bertanya setelah
Aryana tidak menghabiskan ayatnya itu.
“Papa pesan yang papa miss mama so much! Hehe…” sambung Aryana sambil menepuk lembut
bahu ibunya itu.
Membahang muka Puan Hafizah. Tersengih-sengih
dia memandang Aryana.
“Dah jangan nak menggedik lagi kat sini.
Pergi naik atas, mandi, tukar baju. Then,
turun makan sekali dengan mama and
Mak Nab. Pergi pergi!” Puan Hafizah sudah mengeluarkan perintah. Ditolak lembut
bahu Aryana.
“Yalah, mama sayang…” perlahan-lahan Aryana
berjalan menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat atas. Rasa malas pula
nak mandi.
Pintu bilik dibuka. Aryana mencampak beg
tangannya ke atas katil. Selepas mencapai tuala, dia menghadap cermin. Menyikat
rambutnya yang serabut. Dia berjalan malas pula ke arah katil sebelum
merebahkan dirinya ke atas tilam yang empuk itu.
Lots of love,
hazirah xoxo