Hi / Assalamualaikum wbt
Hari ni saya nak publish chapter 3 pulak. Haaa...saya dapat tahu yang my friend pun ada tulis novel. Ini novel betul tau. English novel. Akan dihantar ke Singapore. Waaah.. untungnya. Kita doakannya. Anyway, enjoy this chapter 3.
hazirah xx
Bab 3
Tengku Hariz duduk
sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang. Jam di pergelangan tangannya
dilihat berulang kali. Sesekali dia bermain dengan tali lehernya. Dia mendengus kasar menunjukkan rasa marahnya.
“Kenapa lambat sangat ni, Tengku?” soal Zul
yang sedang membaca sebuah majalah.
“Yang kau tanya aku apahal? Mana aku tahu.
Entah macam manalah syarikat ni. Tak berdisiplin langsung. Ada ke patut
dibiarkan client menunggu lama? Tak patut langsung!” balas Tengku
Hariz, kasar.
“Lambat sangat ni, Tengku. Naik kebas
punggung saya duduk atas kerusi ni.” Zul berdiri sambil mengusap punggungnya.
“Kau tak fikir pula punggung aku macam mana?
Dah kau tak payah nak malukan aku duk tayang punggung kau yang ‘cantik’ sangat
tu. Duduk.” Mendidih hati Tengku Hariz dengan perlakuan Zul yang dianggap tidak
senonoh itu. Hatinya sudah sedia mendidih, bertambah mendidih setelah malihat
perlakuan Zul sebentar tadi.
Zul kembali melabuhkan punggungnya sambil
tersengih. Dia mencapai kembali majalahnya. Tengku Hariz sudah hilang sabar.
Dia berdiri sambil membetulkan kotnya.
“Hantar aku balik, Zul. Tak boleh pakai
langsung syarikat ni.” Suara Tengku Hariz naik satu oktah. Mencerlung matanya
memandang Zul.
“Ha? Balik? Tapi, Tengku…”
“Kau jangan berani nak membantah. Aku kata hantar
aku balik, hantar ajelah.” belum sempat Zul menghabiskan ayatnya, Tengku Hariz
terlebih dahulu memotong.
“Baiklah, Tengku,” Zul segera bengun dan
menolak kerusinya. Belum sampai lima langkah mereka berjalan, seorang perempuan
datang berlari-lari anak ke arah mereka. Perempuan itu tercungap-cungap sambil
membongkok. Tengku Hariz memandang pelik ke arah perempuan itu.
“Sorry, miss. You’re blocking my way.” Tengku Hariz menegur
perempuan itu.
“Sorry, sir. I’m late.” perempuan
itu mendongak memandang Tengku Hariz.
Membulat mata Tengku Hariz memandang
perempuan itu. Airis? Tidak mungkin.
“I’m so sorry, sir. I’m stuck in
a jam just now. Forgive me, sir.”
“Who are you?” soal Tengku Hariz.
“My name is Nur Airis Aryana. Are you
Tengku Hariz Naim bin Tengku Mohd Nazi?” balas Aryana.
“Yes, it's me.” Tengku Hariz membalas.
Matanya tidak berkedip memandang Aryana.
Zul yang sedia disisi Tengku Hariz mencubit
lengan majikannya itu. Tengku Hariz mengaduh kesakitan. Aryana hanya tersenyum
melihat gelagat mereka.
“Zul, kau pergi dekat kedai Popular tu, kau
pergi baca buku.” Tengku Hariz mengeluarkan arahan. Zul yang terpinga-pinga
hanya mengikut arahan majikannya itu.
Selepas kelibat Zul hilang daripada
pandangan, Tengku Hariz berjalan menuju ke tempat duduknya semula. Dia cuba
membuat muka selamba. Aryana hanya mengikut langkah Tengku Hariz. Belum sempat
Aryana melabuhkan punggungnya, Tengku Hariz bersuara.
“Who told you to sit down infront of me?”soal
Tengku Hariz.
Terkejut Aryana mendengar pertanyaan yang
meluncur keluar dari mulut lelaki itu. ‘Lah, aku nak duduk pun tak boleh ke?’,
bisik hati kecilnya.
“Erm. Tak ada sesiapa yang suruh. Memang saya
yang nak duduk depan Tengku.” balas Aryana, sopan.
Tengku Hariz tersenyum sinis mendengar
jawapan Aryana. ‘Tadi bukan main kurang ajar lagi kau dengan aku. Sekarang
bukan main sopan lagi kau. Tak apa. Just wait and see’, getus hati
kecilnya.
Belum sempat Tengku Hariz membalas, Aryana
segera melabuhkan punggungnya. Berlagak punya Tengku!
“Awak tahu tak berjeman saya menunggu awak?
Awak ingat date kita ni main-main aje ke? Date kita ni pasal
duit, Cik Airis oi.” Tengku Hariz membebel.
Geram sungguh Aryana akan sikap Tengku Hariz
yang suka membebel. Mahu sahaja dia menjeling Tengku yang berlagak di
hadapannya ini. Tetapi dia tidak mahu berbuat sedemikian.
“Maafkan saya, Tengku. Saya terperangkap di
dalam kesesakan sebentar tadi. Maafkan saya.” balas Aryana.
“Tak payah formal sangatlah. Just call me
Hariz and I’ll call you Airis.”
“Please call me Aryana and I’ll call you
Tengku.” balas Aryana tersenyum manis.
“Why?” soal Tengku Hariz, tegas.
“Tengku, apa kata kita mulakan sahaja perbincangan
kita ni. Lagipun, sekejap lagi saya ada hal dekat office saya.” balas
Aryana sambil tersenyum. Ikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk muka Tengku
Hariz ini. Eloknya kacak jadi hodoh pula mukanya nanti. Tetapi dia masih sedar
siapa dirinya. Lagipun memang salah dia yang terlewat datang. Bukan sengaja
pun.
“Okay.” Tengku Hariz akur.
SELEPAS
berbincang
mengenai projek syarikat mereka, Aryana meminta
keizinan untuk mengundur diri.
Tengku Hariz sempat
menghalang Aryana daripada pergi. Aryana menjadi pelik akan sikap lelaki
kerabat diraja di hadapannya ini. Dah kenapa nak halang aku pula ni?
“Apa nama penuh kau?”,Tengku Hariz bertanya.
“Nama saya Nur Airis Aryana binti Amin Shah,
Tengku.”,jawab Aryana, lembut.
“Ayah kau ada pangkat Dato’ kan?” soal Tengku
Hariz.
“Ya, saya. Dato’ Amin Shah nama ayah saya.”
Tengku Hariz tersenyum senang mendengar
jawapan perempuan ini. Memang betullah ini Airis yang aku cari. Tengku Hariz
ketawa dalam hati.
“Well, do you remember me?” Tengku
Hariz bertanya.
“Maksud Tengku?” Aryana tidak faham akan
soalan Tengku ini.
“Takkan tak ingat orang yang jadi mangsa
simbahan kopi petang tadi?”
Berkerut dahi Aryana cuba mengingati kejadian
petang tadi. Siapa lelaki itu? Jangan cakap lelaki itu Tengku Hariz Naim yang
berlagak ni. Ya Allah! Kenapa aku boleh lupa muka lelaki itu?
Tengku Hariz yang menyedari reaksi Aryana tersenyum sinis. Baru kau tahu siapa
aku, Airis. Hatinya bersorak melihat Aryana yang sudah gelabah.
“Lah, lelaki tu Tengku ke? Ya Allah! Maafkan
saya, Tengku. Saya bersikap kurang sopan dengan Tengku petang tadi. Maafkan
saya.” berulang kali Aryana melafazkan kata maaf. Aryana berasa bersalah sangat
terhadap Tengku Hariz.
“Hahaha. It’s okay, Aryana. Next
question. Do you know me? Do you remember me, Aryana?” Tengku Hariz
bertanya lagi.
“Yes, I know you. You’re Tengku Hariz
Naim.”
“Maksud aku, kenal tak bekas teman lelaki kau
dulu dekat UK?” jelas Tengku Hariz.
“Apa maksud Tengku? Maaf, saya tak faham.
Saya tak ada teman lelaki langsung. Inikan pula bekas teman lelaki. Jangan tanya saya soalan yang merepek,
Tengku. Maafkan saya. Saya perlu pergi sekarang. Assalamualaikum.” Aryana
segera bangun dan meninggalkan Tengku Hariz keseorangan.
“Woi, minah! Takkan kau tak ingat aku? Hish!”
Tengku Hariz menumbuk meja setelah gagal menghalang Aryana pergi.
Takkan kau tak kenal aku, Airis. Aku ini
Hariz, bekas teman lelaki kau. Kita pernah bercinta sewaktu kita belajar di UK
dulu. Aku penat mencari kau. Kau berjaya buat aku gila bayang. Bagai nak gila
aku mencari kau yang tiba-tiba menghilang. Sekarang, takdir sudah menemukan kita
semula dan aku takkan lepaskan kau ke tangan mana-mana lelaki. Kau milik aku,
bisik hati kecilnya.
Okay. That's all for chapter 3, guys.
hazirah xoxo