homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
The Unexpected Love (bab 2)
Hi / Assalamualaikum wbt

Hahaha. Cepatnya update. Hari ni free gila... so update lah. Petang ni nak publish bab 2. I think, bab 2 ni bosan sikit sebab tak ada idea nak tulis. Nanti saya perbaiki lagi yeee kepada yang sedang membaca ni.

hazirah xx


Bab 2


  “Hello. Aryana, mana kau ni?” Liya bertanya.

  “Erm. Sekejap. Aku on the way ni.” balas Aryana. Dia segera menekan punat merah.

  Selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta, Aryana berjalan menuju ke arah pintu masuk Hard Rock Café. Selepas membolosi pintu masuk kafe tersebut, Aryana mencari kelibat sahabatnya itu. Nun di hujung sana, kelihatan seorang perempuan sedang melambai tangan ke arah Aryana. Telefonnya berbunyi. Aryana segera mengangkat panggilan tersebut.



  “Hello, Liya.”

  “Aryana! Aku nampak kau!”

  “Tapi aku tak nampak kau.” balas Aryana.

  “Aku dekat tempat paling hujung. Aku tengah melambai ni!” Liya segera bangun dan melambai ke arah Aryana.

  Aryana segera berjalan menuju ke tempat duduk paling hujung kafe tersebut. Liya sudah melompat keriangan melihat ketibaan sahabatnya itu. Aryana hanya mengukir sebuah senyuman manis.

  “I’m sorry. Saya lambat sikit.” Aryana menyapa kedua-dua orang manusia di hadapannya itu. Dia segera mengambil tempat di sebelah Liya.

  “It’s okay, babe. Aryana, this is my boyfriend, Mohd Haiqal. Haiqal, this is my bestfriend, Nur Airis Aryana.”

  “Hey, nice too meet you.” Aryana membuka salam perkenalan. Manakala, Haiqal hanya membalas sapaan Aryana itu dengan senyuman yang terukir di bibir.

(Haiqal)

  “Hmm. Ladies, excuse me. I need to go to the toilet.”

  Aryana dan Liya hanya mengangguk. Setelah kelibat Haiqal hilang dari pandangan, Aryana mencubit lengan Liya yang sedang asyik melihat ke arah pentas. Liya mengaduh kesakitan.

  “Liya Zafirah, are you sure he is your boyfriend?” soal Aryana.

  “Yes. Why?” balas Liya, pelik.

  “Nampak baik aje. Tak ada rupa gangster pun aku tengok.” jelas Aryana.

  “Apa maksud kau?” Liya bertanya.

  “Tadi kau call aku, suruh aku temankan kau jumpa boyfriend kau. Aku dengar suara kau macam gelabah aje. So, aku fikir boyfriend kau tu ada ugut nak bunuh atau belasah kau.” jelas Aryana dengan tenang sambil memandang ke arah pentas.



  “Hahaha. Apalah kau ni, Aryana. Aku suruh kau temankan aku sebab dia kata hari ni special day.” jawab Liya sambil tersenyum.

  “What? Special day? Apa yang special sangat tu?”

  “I don’t know. He said ‘just wait and see’.” jelas Liya.

  Tidak lama kemudian, Haiqal kembali daripada tandas. Aryana memerhati keadaan sekeliling. Macam ini rupanya Hard Rock Café. Aku tak pernah datang pun tempat macam ini, bisik hati kecilnya.

  Aryana menoleh ke sebelah kanannya. Terdapat kaunter yang menyediakan minuman keras seperti beer. Terbuntang mata Aryana melihat air syaitan ada dijual di kafe tersebut. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Dia tidak sangka bahawa sahabatnya pergi ke tempat seperti ini. Cepat-cepat Aryana beristighfar setelah menyedari dia telah bersangka buruk terhadap sahabatnya.


  Dia menoleh pula ke arah Liya yang sedang berbual mesra bersama kekasih hatinya. Senyuman tidak pernah lekang menghiasi wajah Liya. Liya seorang gadis bertudung. Mana mungkin dia selalu menjejakkan kakinya ke tempat seperti ini. Mungkin Liya pertama kali datang ke tempat seperti ini. Aryana cuba bersangka baik. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

  Tiba-tiba, Haiqal bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah pentas. Haiqal membisikkan sesuatu kepada penyanyi yang baru selesai membuat persembahan. Aryana dan Liya saling berpandangan.

  Penyanyi tersebut hanya mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya, tanda bagus. Haiqal berjalan kembali menuju ke tempat duduknya. Dia hanya tersengih memandang Liya.

  “Awak bisik apa dekat penyanyi tu?” Liya bertanya, pelik.

  “Just wait and see.” Haiqal membalas sambil tersenyum.

  Naik geram pula Aryana mendengar jawapan mamat tu. Asyik-asyik ‘wait and see’, ‘wait and see’. Nak buat surprise sangatlah tu, bebel hati Aryana. Dia hanya mencebik mendengar jawapan Haiqal.

  “Okay, guys. Today is a special day for my friend, Haiqal. He told me that he wanted to make a surprise for his girlfriend today. I mean, right now.” penyanyi itu yang dikenali sebagai James, bersuara.

  Penonton yang lain bersorak. Manakala Aryana dan Liya tercengang. Haiqal hanya tersenyum dan melambai ke arah penonton. Lampu sorot dihalakan ke tempat duduk mereka bertiga. Silau mata Aryana. Aryana memandang ke arah Liya. Pipi Liya sudah berona merah. Malu agaknya.

  “That’s my friend, Haiqal with his girlfriend. Wait. Haiqal, which one is your girlfriend?”, James bertanya kepada Haiqal. Terdapat dua orang wanita di tempat Haiqal. Tidak mungkin kedua-dua orang wanita itu teman wanita Haiqal.

  Haiqal menunding jari pada Liya. Liya sudah menutup muka menahan rasa malu. Tidak kurang juga Aryana yang malu apabila dirinya menjadi perhatian orang ramai.

  “Oh, okay. Guys, Haiqal asked me to sing a song for his girlfriend. So, I thought this song appropriate with them. Bruno Mars, Marry you. I just sing the chorus.” jelas James.

  Liya terkejut setelah mendengar tajuk lagu yang akan dinyanyikan James. Tidak mungkin Haiqal akan melamarnya. Aryana hanya tersenyum memandang mereka.

It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you

Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares, baby
I think I wanna marry you 

  Sementara James sedang menyanyi, seorang lelaki berjalan mendekati meja mereka sambil memegang sejambak bunga. Haiqal mengambil bunga tersebut lalu melutut dihadapan Liya. Liya segera berdiri apabila melihat Haiqal melutut sebelah kaki. Haiqal menyeluk poketnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil berbentuk hati berwarna merah.

  “Liya Zafirah, will you marry me?, soal Haiqal.



  Liya berasa sungguh terharu dengan kejutan yang telah dirancang oleh Haiqal. Semua penonton sudah tidak sabar menanti jawapan Liya. Liya sudah tidak ada pilihan selain menjawab…

  “Yes.” jawab Liya sambil tersenyum manis.

  Semua penonton bertepuk tangan. Aryana berasa sungguh terharu dengan babak romantik sebentar tadi. Hampir menitis air matanya. Dia melihat jam tangan Guess miliknya. Alamak! Aku dah lambat!

  “Erm. Liya, sorry ganggu. Aku terpaksa pergi sekarang. Apa-apa hal nanti aku call kau. Bye. Assalamualaikum.” Aryana segera berlari keluar dari kafe tersebut.

  “Eh, Aryana! Hmm. She such a busy girl.” bebel Liya.

  Aryana berlari menuju ke tempat letak kereta. Dia terus memecut laju kereta Swift miliknya. Petang ini dia perlu berjumpa dengan clientnya. Kalau lambat, kena kerat hidup-hiduplah dengan papanya. Mati aku, bisik hati kecilnya.


Okay. That's all for chapter 2. :-------D

love,
hazirah
POSTED BY Unknown ON Monday, 9 December 2013 @ 00:19
back | all rights reserved desiree 2012 | forth