homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
The Unexpected Love (bab 1)
Hi / Assalamualaikum wbt

I'm working so hard for this. Even saya malayu, BM saya bukannya bagus pun. So mana yang salah, diperbetulkan. Hari ni bab 1 dah keluar. Enjoy lah mana yang tengah baca ni. Enjoy, guys.

Love,
hazirah xx


Bab 1

Kelihatan seorang gadis yang bertubuh sederhana tinggi sedang duduk sambil membaca majalah di sebuah kafe. Rambutnya diikat tinggi menampakkan leher jenjangnya yang putih. Dia duduk di situ sambil menikmati secawan latte.




  Tiba-tiba, iPhone 5s miliknya berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.

  “Hello? Who is this?” sapa gadis itu.

  “Hello.Aryana! Ni akulah, Liya.” jawab si pemanggil.

  “Oh, Liya. Kau nak apa call aku ni?” balas Aryana.

  “I need your favor. Could you?

  “What’s that?” soal Aryana.

  “Temankan aku jumpa boyfriend aku.” pinta Liya.

  Melopong mulut Aryana mendengar permintaan pelik sahabatnya itu. Dia ini dah kenapa? Minta tolong aku temankan dia jumpa teman lelaki dia?

  “Hmm. Yalah. Dekat mana nak jumpa ni?” soal Aryana.

  “Dekat Hard Rock Café. Pukul 2.30 petang nanti.”

  “InsyaAllah aku datang.”

  “Oh my God! Thank you so much, Aryana. I love you so much!” balas Liya.

  “Ikutkan hati, aku tak nak. Tapi dengar permintaan kau ni lain macam, aku okay aje.” Jelas Aryana.

  “Okay, Aryana. See you there! Muah!”

  “Haha. Okay, Liya.”

  Setelah menamatkan perbualannya dengan Liya, dia terus bangun dari tempat duduknya. Aryana tercari-cari kunci kereta di dalam beg tangannya tanpa memandang ke hadapan.

  “Ish. Mana pulak kunci kereta ni?” monolog Aryana.

Kaki terus melangkah tanpa memandang ke hadapan.

  “Aduh! Panasnya!” Aryana mengaduh kesakitan.

  ‘Apa benda ni? Panas betul!’, rungut hatinya.

  “Ehem ehem!”

  Aryana terus mendongak memandang kehadapan. Sesusuk tubuh lelaki sedang berdiri dihadapannya sambil memandang Aryana. Aryana terpaku akan kekacakan lelaki dihadapannya ini. Dia berasa seakan-akan waktu terhenti seketika.

  “Woi, minah! Yang kau termenung ni apahal? Ni baju aku ni dah basah! Semua ni salah kau! Lain kali berjalan pakai mata, bukan pakai hidung!” marah lelaki itu.

  “Ala. Rileklah, bro. Basah sikit aje ni. Baju encik yang kena, tangan saya ni lagi teruk kena kopi panas encik ni. Melecur tahu.” balas Aryana tanpa rasa bersalah.

  ‘Minah ini memang nak kena dengan aku ini! Tak ada rasa bersalah langsung. Pandai menjawab pula tu.’ Geram sungguh lelaki itu dengan sikap Aryana yang tidak tahu menghormati orang lain.

  “Oh. Pandai kau menjawab eh. Tangan kau tu aku tengok tak melecur pun. Tak payah nak kecoh sangat. Ni baju aku ni mahal tahu tak, beli dekat London! Lepas ni aku ada date. Aku nak kau ganti balik baju aku yang dah basah ni!” balas lelaki itu, tidak puas hati.

  ‘Mamat ni dah kenapa? Baju basah sikit pun nak suruh aku ganti. Siap bagitahu lagi baju dia tu beli di mana. Dia fikir aku nak tahu sangatlah dekat mana dia beli? Berlagak! Eleh. Setakat London tu, aku pun boleh belilah baju dekat sana.’ Dongkol hati Aryana.

  “Erm. Saya minta maaf, encik. Saya tahu saya yang salah tapi tak perlulah sampai nak suruh saya ganti baju encik yang ‘mahal’ sangat tu. Encik nampak tak kedai depan tu. Encik belilah baju dekat kedai tu. Saya rushing sangat ni. Excuse me. Assalamualaikum.” Aryana berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

  “Woi, minah! Kurang ajar betul perempuan ni! It’s okay. Kau tak kenal lagi aku ni siapa.” Geram sungguh dia akan sikap Aryana yang kurang diajar.

  “Tengku, maaf saya lambat. Tempat parking penuh. Jenuh saya mencari parking. Eh? Tengku! Baju Tengku basah ni! Kenapa?”sapa seorang lelaki, gelabah.

  “It’s okay, Zul. There’s one girl being rude to me just now dan dialah yang tumpahkan air kopi aku atas baju ni. Kurang ajar betul dia tu.” Jelas dia sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi.

  Lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Tengku Hariz Naim, duduk bersandar pada kerusi. Dia sedang memikirkan siapakah gerangan perempuan itu. ‘Muka cun tapi tak tahu adab sopan. Tapi muka dia macam pernah tengok.’ Hati kecilnya bersuara.

  Berkerut dahinya memikirkan siapa perempuan itu.Tiba-tiba, kenangannya bersama kekasih lamanya berlayar diminda. Siapa nama perempuan itu? Airis? Tidak mungkin dia. Airis yang aku kenal berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki. Tapi, boleh jadi dia dah berubah menjadi seorang perempuan tulen. Tengku Hariz ketawa halus.

  Pembantunya, Zul pelik. ‘Dah kenapa bos aku ni? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba ketawa.’

  “Erm. Tengku? Tengku okay tak?” Zul bertanya.

  “Aku okay. Tiba-tiba teringat benda yang lawak. Hahaha.” Balas Tengku Hariz sambil ketawa halus.

  “Oh. Boleh saya tahu apa benda yang lawak? Saya pun nak gelak sama.” Zul tersengih.

  “Ah! Tak payah nak menggedik. Benda ni aku seorang aje yang rasa lawak. Biar aku seorang aje yang gelak. Aku nak kau pergi beli baju kemeja untuk aku dekat kedai depan tu. Sekarang!” Tengku Hariz sudah mengeluarkan perintah.

  “Rileklah, Tengku. Janganlah marah. Tengku nak saya belikan Tengku kemeja warna apa?” soal Zul.

  “Apa-apa warna aje! I don’t even care about that. Yang pasti selesa. Cepat! Lepas ni aku ada date!”

  “Iyalah, Tengku.” Zul bergegas pergi meninggalkan Tengku Hariz.

  Tengku Hariz kembali duduk bersandar. Dia masih memikirkan tentang perempuan itu. Kalau memang betul tu Airis, aku akan jadikan dia milik aku. Tak kira apa pun yang terjadi, aku akan jadikan kau milik aku, Airis. Tengku Hariz mengukirkan sebuah senyuman penuh makna.

  Tengku Hariz mengeluarkan iPhonenya dari kocek seluar. Dibuka album yang disimpan dalam telefon bimbitnya itu. Ada satu album yang menarik perhatiannya. Dah lama aku tak buka album ni, bisik hati kecilnya.

  Selepas membuka album tersebut, Tengku Hariz tersenyum. Gambar dia bersama kekasih lamanya sewaktu di UK dahulu, Airis Aryana. Kenangan silam menyapa mindanya. Betapa rindunya dia terhadap Airis yang dahulu. Sekarang Airis sudah bertukar menjadi seorang wanita tulen. Semakin comel dan cantik pada pandangan matanya.

  “The world is around. Wherever you go, you will come back to me.” Monolog Tengku Hariz. 

Sementara dia menunggu Zul membeli baju untuknya, Tengku Hariz menghantar pesanan ringkas kepada buah hatinya, Zura. Selepas beberapa minit menunggu, satu mesej masuk. Dibukanya mesej itu.

Darling!!! I miss you so badly! Nanti malam jangan lupa datang club tau. I tunggu you. Bubye, my Hariz. Love you! - Zura

  “Haha. Sayang betul kau dekat aku, Zura. Tapi bagi aku kau hanya kekasih sementara aje. Tak lama lagi dah.” Tengku Hariz sudah merancang satu rancangan bagaimana mahu mengakhiri hubungannya dengan Zura.

  “Nah, Tengku. Saya dah belikan. Harganya RM 150.” Zul kembali selepas membeli kemeja segera untuk majikannya.

  “Good, Zul. Kau tunggu. Aku pergi salin baju. Soal duit, nanti aku ganti balik duit kau tu. Thanks.” Tengku Hariz menepuk lembut bahu Zul sebelum meninggalkan Zul untuk menyalin baju. Zul hanya menghantar pemergian tuannya dengan senyuman dibibir. Selepas kelibat Tengku Hariz hilang dari pandangan, Zul duduk sambil membaca majalah sementara menunggu tuannya.


Okay. tu aje untuk bab 1. Saya buat novel ni depends on my mood. okay.

Bye / Assalamualaikum wbt


hazirah xoxo
POSTED BY Unknown ON Sunday, 8 December 2013 @ 14:59
back | all rights reserved desiree 2012 | forth